Wednesday, 13 March 2013

coretanKU :perubahan haziq 3 tahun

tahun 2013,anakku muhammad haziq dh 3 tahun..cpt mase berlalu
haziq dah mula sekolah lg..
planning utk sekolahkn haziq umur 3tahun tercapai..yehh tertunai hajat nie
kt skola haziq lebih di dedahkn dgn "berdikari"..
yela dr xtau pakai baju sndr asmpai skrg dh bolah lakukan sndr..mandi..
bler sehariann di sekolah haziq & melihat sndr apa yg haziq lalukan mmg xcaye..
btol ker anakku dh boleh buat..inilah knp perlu pendidikan awal tok kanak2..
ada perkara kita boleh ajar ank,ada masa kter perlukan bantuan orang utk mendidik.
paling sy suke sikap matang yg di tunjukkan oleh haziq..
contoh 1: situasi hujan..
mummy: haziq,mamy takut r..bunyi kuat..(mumy letakkan pale d riba haziq)
haziq : xpe..xnk takut..(sambil tgn usap pale & peluk mumy)
mummy : haziq takut x? (sjer nk test haziq)
haziq : takut (dgn muke risau)..
haziq mmg takut waktu hujan tp bler mumy buat2 takut,haziq mst buat2 berani..
contoh 2 : situasi pergi kedai
mummy: haziq boleh beli 1 jer
haziq: dua lar (sambil tunjuk jari dua)
mummy : xbole sbb mamy xder duit
haziq : ok satu je (tunjuk jari satu)
sampai kedai haziq akn pilih apa dia nk beli..bila time abis byr
haziq : mumy nk ni?
mummy : xbole sbb dh ada satu..nk xnk mmg kne beli jugak(bijakkn paw mumy dh dpt dua brg..abis2)
good haziq..
bila haziq buat salah,haziq akan cepat mintak "maaf" & cium tgn..
ada masa haziq agak sedikt sensitif & kuat merajuk..
dr segi percakapan,haziq mmg petah berkata2..dr seawal setahun,haziq mmg seorang yg petah..
byk jugak situasi yg kelihatan h aziq nmpk sgt matang..
thank to ALLAH sbb kurniakan sy seorg ank lelaki..

Monday, 11 March 2013

RESEPI : Bubur Enak Untuk Anak


pix
Jika setiap hari disajikan makanan yang sama, tentu anak-anak akan rasa bosan. Hilang selera makan mereka. Jadi, untuk mengelakkannya, pelbagaikanlah hidangan untuk anak. Apa kata kalau kali ini anda sediakan bubur nasi ala bubur lambuk untuk mereka. Pasti berselera anak-anak makan.
Bahan-bahan:
  • ½ cawan beras (dibersihkan dan ditoskan)
  • Air secukupnya untuk membuat bubur
  • 200ml santan pekat
  • 200gm udang
  • 200gm daging kisar
  • 2sm halia (ditumbuk)
  • 3 biji bawang merah (ditumbuk)
  • 1 ulas bawang putih
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 1 kulit kayu manis
  • 1 kiub ayam
  • 2 sudu makan udang kering (dibersihkan dan ditumbuk)
  • Minyak untuk menumis
Cara membuatnya:
  1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bawang merah, bawang putih, halia, bunga lawang, kulit kayu manis, udang kering dan kiub ayam sehingga baik bau.
  2. Masukkan air dan santan. Kacau rata dan biarkan mendidih seketika.
  3. Masukkan pula beras dan biarkan selama 10 minit.
  4. Selepas itu, masukkan daging kisar dan udang. Kacau rata kesemua bahan.
  5. Setelah bubur hampir masak, masukkan garam secukup rasa.
  6. Hidangkan dengan daun sup dan bawang goreng (jika suka).

RESEPI : pizza mummy


pix
PIZZA MUMMY
Masa :  30 minit
Hidangan : 3 orang
Bahan-bahannya:
  • Sekeping doh piza segera
  • Sos tomato 
  • Hirisan sosej
  • Sayur-sayuran campur
  • Keju mozarella yang telah disagat
Cara-cara menyediakannya:
  1. Mula-mula ambil sekeping doh piza segera.
  2. Kemudian, sapukan dengan sos tomato.
  3. Letakkan hirisan sosej.
  4. Letakkan juga sayur-sayuran campur.
  5. Akhir sekali, taburkan keju mozarella yang telah disagat dan bakar dalam ketuhar pada suhu 180°C selama 20 minit atau sehingga masak. 
  6. Sedia untuk dihidangkan.

Teknik Bernafas Waktu Pelahiran


Kurang oksigen
Kekurangan oksigen sepanjang proses bersalin berlangsung boleh mendatangkan mudarat bukan sahaja kepada diri anda malah kepada bayi juga. Banyak komplikasi yang bakal dihadapi kesan daripada tindakan tidak bernafas dengan cara yang betul.
Kesan negatif pada ibu termasuklah otot rahim tidak berfungsi dengan baik.  Malah, ia turut mengakibatkan penghasilan oksitosin berkurangan. Untuk makluman, oksitosin sangat penting untuk  kontraksi rahim. Jadi, jika anda tidak bernafas dengan lancar, ia boleh merencatkan proses kelahiran. Di pihak bayi pula, disebabkan oleh kurang oksigen, denyutan jantung bayi akan terjejas. Ini dapat dilihat melalui bacaan  kardiotograf (CTG) yang tidak normal.
Teknik bernafas
Anda boleh mula mengaplikasikan teknik pernafasan apabila mula merasai kontraksi yang tidak selesa. Biarpun, anda mempelajari pelbagai jenis pernafasan ketika di kelas antenatal, pilih satu yang bersesuaian dengan keadaan diri ketika di dalam bilik bersalin.
1. Peringkat awal (early labour)
Bernafas secara perlahan-lahan dengan menarik nafas melalui hidung tiga kali. Kemudian hembus nafas melalui mulut tiga hingga empat kali. Dalam pada itu, hembuslah lebih lama berbanding tarik nafas.
2. Peringkat aktif (active labour)
Ketika sakit bertambah kuat, hela nafas terlebih dahulu. Disusuli dengan tindakan menarik dan menghembus nafas. Apabila sakit semakin ketara bernafaslah secara cepat dan tidak dalam. Pada kemuncak kontraksi, pernafasan secara tercungap-cungap melalui mulut (panting) boleh membantu. Setelah kontraksi beransur hilang, bernafaslah seperti biasa secara perlahan-lahan.
3. Peringkat transisi (Masa bersalin hampir tiba tetapi pangkal rahim belum buka sepenuhnya)
Anda tidak digalakkan meneran kerana ini boleh memudaratkan.Lakukan pernafasan panting namun jangan teran pada punggung. Sebaik-baiknya panting-panting – hembus.

INFO TAMBAHAN
Pernafasan Lamaze
Masyarakat Barat sangat menggemari kaedah pernafasan Lamaze. Dengan mengaplikasikannya, keadaan anda akan lebih terkawal. Apabila tumpuan dihalakan kepada pernafasan, maka kesakitan dapat diabaikan. Caranya ialah dengan bernafas sambil menyebut perkataan hee-hee-hoo.
Namun, adalah dinasihatkan agar kerap melakukan latihan sebelum tiba masa untuk bersalin kerana dikhuatiri bila tiba masanya anda tidak dapat melakukannya dengan baik kerana kurang berlatih. Tambahan pula ketika sakit anda tidak dapat menumpukan perhatian kepada teknik pernafasan yang betul. Oleh kerana itulah, amat penting untuk suami turut serta dalam kelas antenatal agar dia dapat memberi panduan ketika anda mengalami kontraksi.
Teknik betul meneran
Bayangkan keadaan seperti hendak membuang air besar. Pastikan dagu dirapatkan ke dada dan anda berkeadaan sama seperti udang membengkok. Ketika ini belakang badan perlu menyentuh katil. Fokus ke arah perut dan anda meneran dari abdomen ke bawah seperti diarahkan oleh  doktor dan jururawat. Bila berlaku kontraksi, tarik nafas lalu meneran selama yang boleh. Dalam satu kontraksi, anda digalakkan mengambil nafas sebanyak dua hingga tiga kali. Meneran haruslah dari bahagian abdomen ke punggung dan bukannya di muka. Jangan sesekali mengangkat punggung kerana ia boleh menyebabkan koyak yang besar. Apabila bayi  di tahap akhir pelahiran iaitu sebahagian kepala bayi mula kelihatan jangan meneran terlalu kuat. Teran perlahan lahan untuk mengelakkan koyak teruk.