apa BEZA jika anak tunggal dan mempunyai anak ramai?
kenapa harus dipersoalkan?
tiada beza untuk dua perkara ini
bagi aku..
alasan aku..
jawapan aku..
ini tentang apa yang aku rasa..
apa yang aku nak bagitau..
STOP thinking of you
aku memang mempunyai anak tunggal
anak aku cuma satu
tapi apa yang aku beri itu semua usaha
kalau aku nak bagi susuatu
aku berusaha.
kerana aku bukan orang senang
dan aku hanya yang orang biasa
kenapa perlu pertanyaan ini
"owhh ko anak sorang boleh lar?"
kenapa?
aku sakit hati jika mendengar
sebab aku memang bukan orang senang yang dengan mudah mendapatkan apa yang aku mahu.
setiap apa pilihan aku..
aku perlukan pengorbanan.
aku memilih sekolah terbaik untuk haziq atas beberapa sebab.
sebab apa?
biar jawapan itu hanya aku yang tahu..
nampak senang ker jika mempunyai anak tunggal?
biarlah..
hanya kita yang merasa.
aku juga tahu semua pasti nak yang terbaik untuk anak masing2
selera yang berbeza untuk taraf pendidikan yang diberi.
kenapa jika anak ramai tak boleh hantar sekolah mahal?
jika kamu mahukan pasti ada usaha.
jangan mempertikaikan
apa usaha orang
hanya nampak senang orang tapi tak penah tahu susah orang
itulah hakikat..
tak semua memandang disebaliknya
berfikirlah dengan lebih luas bukan dengan hanya memandang
aku bermula dari susah
aku punya impian
jika aku seorang suri rumah
aku boleh top up pembelajaran haziq dirumah
lagi jika usaha itu berjaya
aku lebih bangga,jika anak aku sendiri
membesar depan mata..
tapi aku bekerja..aku rugi masa itu
mungkin ada yang tak perasan nikmat menjadi seorang ibu sepenuh masa dirumah
banyak yang kita boleh lakukan bersama
pelajari bersama
terokai bersama
ada yang berjaya tanpa perlu hantar anak ke sekolah
dengan didikan yang lengkap dirumah
aku penah membacanya
kenapa orang lain tidak mencontohi usaha begitu
tiada yang mustahil.
Monday, 10 November 2014
Tuesday, 28 October 2014
Next step : pemilihan sekola buat haziq
bermulanya disini
haziq akan bermula sekolah disini pada tahun 2015 (5tahun)
dekat sini ada beberapa perkara untuk di kongsi beberapa sebab pemilihan sekolah disini
kami hanya mahukan yang terbaik untuk haziq
kami mencari tadika yang berdekatan dengan tempat kerja.
senang untuk saya menguruskan waktu persekolahan haziq.
bagi ibubapa bekerja seperti saya.
kalau ada kecemasan dekat untuk datang melihat.
banyak juga tadika yang cari tapi belum ada yang sesuai dengan harapan kami.
saya lebih suka ada islamic juga lebih pada english.
bergantung pada ibubapa.
ada yang suke chiness
ada yang suka full islamic
ada yang full english
macam2 lar citarasa.
bagi saya
asas agama penting buat haziq
sekurang2 nya haziq tahu beberapa perkara asas dalam islam.
di sini,
kawasan sekolah yang bersih.
tempat belajar yang tersusun.
tandas yang bersesuaian
tempat bermain
perpustakaan
ciri2 keselamatan pun ada.
lengkap.
haziq akan berada di sekolah sepanjang hari dari 8.00am hingga 6.00pm
bagi yang bekerja macam kami.
tapi sekolah ini juga menawarkan separuh hari 8.00am hingga 12.00pm
bagi ibubapa yang tidak bekerja boleh memilih untuk menghantar separuh hari sahaja.
pertama kali jumpa owner tadika ini memang peramah.
penjelasan yang diberikan juga teratur & juga jelas.
apa yang lebih menarik sekolah ini ada summer camp untuk anak-anak
boleh belajar berdikari.
ada juga kelas masak..tapi simple sahaja.
takde sampai kena masak rendang pulak.heeee
yang buat saya tertarik juga menawarkan kelas mengaji.
jadi senang jika semua ada dalam satu sekolah.
jika saya fikir bila hantar sekolah separuh hari nanti kena cari pengasuh.sudah itu hendak hantar pergi kelas mengaji jadi banyak perkara kena buat.
kesian pula pada haziq nanti terpaksa kesana sini.
sistem pembelajaran yang ditawarkan juga amat menarik
memang kena pergi tanya sendiri.
lain orang lain cara pula.
yang pasti mahukan terbaik.
Monday, 29 September 2014
Pengalaman pertama bergelar mummy
Ini gambar pertama yang aku dapat.
gambar pertama buat insan di panggil "anakku".
Ada senyuman dan juga tagisan.
yang aku mahu cuma kamu lahir kedunia ini dengan selamat walau apa cubaan sekalipun.
aku tahu kamu seorang anak yang sanggat kuat walau saiz kamu waktu ini hanya sebesar kacang dan kamu ada teman sebesar telur angsa.
aku meletakkan kepercayaan yang penuh buat kamu.
kita akan harungi ini bersama anakku.
kamu sangat2 kuat.
kamu memang pahlawanku.
selepas 3 bulan, akhirnya kita berjaya harungi bersama.
tiada apa yang mustahil kn?
sampai docter sendiri terkejut..
terima kasih anakku.
kamu berjaya membuktikan nyer.
ia hilang.
hore hore
kita MENANG..
lepas ni boleh kamu golek2 puas dalam perut ni.
tapi cubaan sentiasa ada buat kamu.
hampir ke semester akhir.
ingat lagi tak kalau docter cakap "mungkin kamu tak dapat di selamatkan lagi"..
Docter tak boleh buat apa2..
hancur hati ini..
apa perasan bila kita hampir berjaya tiba2 ia perlu pergi.
aku pujuk hati ini.
aku rayu hati ini..
aku cakap yang aku mahu kamu melihat dunia hari ini.
Kita bersama.
aku tahu kamu dulu penah melewati waktu sukar dan aku berharap lagi sekali agar kita terus berjuang.
berjuang demi hidup kamu sayang.
Keyakinan aku tetap sama pasti ada keajaipan.
Keajaipan selalu ada kalau kita berusaha.
alhamdullilla..
beberapa hari aku buat pemeriksaan lagi.
dan
khabar gembira mengatakan kamu selamat.
docter memang sukar percaya Kerana beberapa hari lepas sukar dipercayai.
tapi ia terjadi Sekali lagi.
Kita hampir sampai ke penghujung.
dan boleh nanti kamu melihat hari ini.
tepat 26 agos 2010
Kamu dilahirkan sayang.
tagisan pertama kamu sangat merdu.
ini yang kita tunggu.
UNTUK MELIHAT HARI INI..
sabar..
tak terhenti di sini.
cubaan buat diriku.
aku perlu bertahan untuk hidup aku.
aku harus melewati sesuatu yang taknak aku lalui.
melihat kamu disisi.
melihat apa cubaan kita sudah lalui.
aku harus kuat.
aku harus lalui detik itu buat kamu.
aku redha jika sesuatu terjadi padaku.
aku redha jika kita tak diizinkan bersama.
allahuakhbar..
aku ada hari ini untuk kamu.
aku simpan setiap detik itu dalam ingatan ku.
Aku kunci..
dan
aku terima apa adanya sekarang.
ingatlah wahai anakku MUHAMMAD HAZIQ.
kamu harus tabah dan sentiasa kuat.
keajaipan selalu ada bersama kamu.
mummy & daddy sayang kamu.
~aku tahu mungkin ada lebih teruk dari aku tapi tabahlah wahai hati. Yakin lar ada sesuatu yang terbaik buat kamu. Ia dah tertulis setiap apa yang berlaku.
Thursday, 25 September 2014
Selamat hari jadi haziq yang ke 4
Selamat hari jadi muhammad haziq a.k.a #haziq tiger
yang ke-4
tahun ni haziq sambut dengan family dady
1st bday haziq sambut dgn mamy dady
2st bday haziq dah sambut dengan family mamy
3st bday pula atas permintaan haziq sendiri nak sambut dengan kawan2 kat sekola..
so yang ke 5 kena tunggu ler apa haziq punya permintaan
Owh...chomel dalam diam haziq nak juga potong kek dengan auntie indah
Taraaaaaaa...
family sebelah dady
mertua...
Tumpang lalu..
mamy pon nak mesra dengan dady jugak.
ingat haziq jer nak sambut bday & berseronok.
bye2
Monday, 18 August 2014
Persoalan & jawapan bila anak tunggal?
Anak?
Anak itu rezeki yang diamanahkan untuk kita menjaga & mendidik..
Banyak persoalan yang saya dapat
inilah hasilnyakan..CONTOH soalan **klisyerr
soalan yang saya hadapi adalah no 3
"bila nak tambah lagi satu?"
jawapan:-
jujur yang paling dalam kita kena faham emosi kita..macam pegalaman no 1 saya mengalami sesuatu yang amat berat..jadi saya terpaksa kuarentin selama 3tahun untuk tidak hamil atas nasihat dokter demi keselamatan & kesihatan diri sendiri..macam lame jer 3tahun tapi rasa sedikit jer bagi saya..
masa untuk saya berehat..
Masa untuk saya berfikir..
betul jika ada yang katakan setiap pengalaman mengandung & melahirkan berbeza pada setiap anak.
ada juga yang cakap setiap anak itu membawa tuah pada kehidupan..tapi saya tetap ambil keputusan untuk berfikir.saya mahu anak saya selesa sahaja..bukan untuk kemewahan..
banyak lagi aspek untuk saya sendiri mengambil keputusan..
berapa banyak anak pun kita ada yang penting kita merawat dia dengan baik.
Thursday, 7 August 2014
Atok di dalam kenangan
Atok..
Saya akan sentiasa doa buat atok semoga atok tenang kat sana..
Atok..
Walau kenangan kita waktu kecil sahaja tapi besar untuk cucu atok.
Atok,
saya ingat lagi yang atok banyak ajar saya sesuatu..
Atok,
dulu saya tak tau puasa..atok yang ajar saya niat puasa..
Atok yang melayan karenah saya waktu saya puasa..
Atok yang melayan karenah saya waktu saya puasa..
saya tidak boleh lupa atok..
atok,
Masih ingat lagi atok ajar saya kupas kulit kelapa..
Masih ingat lagi atok ajar saya kupas kulit kelapa..
atok selalu bising supaya hati2 mengupas kulit kelapa..
seronok juga sebab ia satu pengalaman yang baru..
atok,
Masih ingat lagi tak kita menjahit bersama..
Atok suke kitar semula kain terpakai dan suruh saya jahitkan..
Masih ingat lagi tak kita menjahit bersama..
Atok suke kitar semula kain terpakai dan suruh saya jahitkan..
macam2 kita buat..
sarung bantal..
alas kaki..
pertama kali juga saya menjahit..
dengan atok sahaja saya berani menjahit..
sampai satu ketika nak jahit baru seremban pun saya nak guna mesin jahit..
kelakar kan??
Atok,
Dulu atok sakit saya temankan atok pergi hospital..
walau saya masih sekolah rendah..
kita jalan berdua jer.
Walau saya kecil waktu tu tapi saya tetap menjaga atok.
bestkan waktu tu.
Atok
Perkara yang saya ingat lagi waktu kecil..
atok bagi saya duit.walaupun atok masa tu tak de duit nak bagi..
tapi atok tetap nak bagi kerana melayan kerenah saya waktu itu..
maaf atok kerana saya selalu susahkan atok..
Atok, siap tunjuk berapa jumlah yang atok ada..
Atok, siap tunjuk berapa jumlah yang atok ada..
Atok memang suke melayan..
waktu itu,
saya tak tau untuk menilai betapa besarnya pengorbanan seorang atok..
atok,
Saya suka makan pulut goreng (inang2)..dan atok suka buat untuk saya.atok jemur pulut sampai kering..dah tu atok gorengkan untuk saya.
Saya suka makan pulut goreng (inang2)..dan atok suka buat untuk saya.atok jemur pulut sampai kering..dah tu atok gorengkan untuk saya.
rasanya jelas walau ia sudah lama tiada..
tiada tandingan masakan seorang atok.
walaupun atok penyayang,ada juga memori saya tentang atok mengamuk
leteran atok memang tak terhenti
kerana
saya rosakkn pokok ubi atok..
atok memang suka menanam.
tiap petang atok suka jirus poko bunga depan rumah.
atok mesti bising kalau tak siram.
atok,
kenapa atok terlalu baik?
rasa terlambat bagi saya untuk sedar akan semua itu..
rasa terlambat bagi saya untuk sedar akan semua itu..
dalam waktu kenakalan saya..
Bila saya membesar..
Kita kurang bersama..setiap kali berjumpa,rase nak bermanja.
Atok..
Terima kasih untuk nama samaran saya yang atok beri.Atok selalu cakap suka tengok cerita jepun itu.Sampai saya lahir atok nak nama itu pada saya.Atok selalu cakap supaya saya jadi macam watak cerita tu..
Dulu memang saya nakal..
Tapi atok tetap di hati ni.
Bila hari raya..
dan itulah hari terakhir raya bersama
Di hujung hati yang paling dalam,
Saya nak sangat jumpa atok.
Yaa..
Saya sempat salam atok masa atok tengah tidur.
Di hujung hati yang paling dalam,
Saya nak sangat jumpa atok.
Yaa..
Saya sempat salam atok masa atok tengah tidur.
merasai tangan atok yang hanggat itu.
Bila saya baring di sesuatu sisi,
Mata ni tak boleh berkelip melihat atok..
Rase rindu sangat kat atok..
entah Bila saya melanggah balik..
tah tahu kenapa,
Saya rasa mungkin ini yang terakhir buat kita.
Saya rasa kita takkan jumpa lagi..
Bila saya baring di sesuatu sisi,
Mata ni tak boleh berkelip melihat atok..
Rase rindu sangat kat atok..
entah Bila saya melanggah balik..
tah tahu kenapa,
Saya rasa mungkin ini yang terakhir buat kita.
Saya rasa kita takkan jumpa lagi..
rasa saya akan kehilangan
Rasa nak peluk..
Rasa nak cium..
Rasa nak berbual tu hilang kerana melihat atok tidur lena.
Bila..
Saya saya mendapat tahu memang atok dah pergi untuk selamanya..
Rasa takut..
Takut pada kehilangan..
Takut nak terima atok memang dah takde lagi..
Rasa nak peluk..
Rasa nak cium..
Rasa nak berbual tu hilang kerana melihat atok tidur lena.
Bila..
Saya saya mendapat tahu memang atok dah pergi untuk selamanya..
Rasa takut..
Takut pada kehilangan..
Takut nak terima atok memang dah takde lagi..
perasaan itu memang benar
Saya cium atok.
Saya cium atok.
.
Sejuk ciuman terakhir itu..
Sejuk ciuman terakhir itu..
Wangi bau atok..
Bila terjaga waktu malam,terasa masih ada atok kat rumah itu
Lihat setiap sudut rumah atok, mengigatkan semua pada atok..
Saya rindu atok..
Takpe..
TUHAN lebih sayang atok dari saya.
Atok sentiasa ada dalam kenangan saya.
Al-fatiha.amin
Atok sentiasa ada dalam kenangan saya.
Al-fatiha.amin
Monday, 7 July 2014
Terokai dunia sekeliling
BiaR anak belajar terokai dunia
sebab penting bagi saya mendedahkan anak saya pada persekitaran
cuma
kena dalam pemantauan
bukan bebas tampe mengawasi okey..
prasekolah juga perlu untuk anak sekarang
haziq seawal 3 tahun
memang perkembangan dia sangat positif
Cari semut agaknya..
Tenggok gambar dah menarik
carilah sekolah yang bersesuian dgn anak anda.
Friday, 20 June 2014
Mummy at school
Mamy dekat sekolah?
Tiap bulan ada aktiviti di sekolah.
Macam lagu "takkan terpisah"..
Bulan ni mac 2014 bertemakan "story book".
Ibubapa di minta membuat projek buku cerita pada anak & menceritakan balik pada anak..
Wah!! Mmg dah macam tec pulak..
Macam mana haziq dekat sekolah? June 2014
Nampak tekun jer
okey setiap bulan memang sekola haziq ada tema yang sendiri..
bulan ni tema "tumbuhan"
tahun ni 4 tahun usia haziq
banyak perbezaan pada sikap haziq
bagus awal prasekolah
Friday, 18 April 2014
makanan berisiko keguguran
salam untuk bakal momies..
tahniah pada anda yang akan bergelar ibu tidak lama lagi..
menjaga kehamilan amat penting..
kat sini ada sedikit info untuk bakal momies tentang makanan berisiko keguguran.
terima kasih..sumber rujukan saya adalah MAJALAH PAMA yang banyak bagi saya pengetahuan.
tahniah pada anda yang akan bergelar ibu tidak lama lagi..
menjaga kehamilan amat penting..
kat sini ada sedikit info untuk bakal momies tentang makanan berisiko keguguran.
Berikut adalah beberapa jenis makanan yang disaran dielakkan pada awal usia kehamilan anda.
1)Vitamin C
Ia terkenal sebagai alat kontrasepsi semula jadi. Oleh itu jangan mengambil dalam dos yang tingg kerana ia membuatkan anda berisiko mengalami keguguran di awal kehamilan.
2)Nanas
Buah yang satu ini memang amat ditakuti oleh kebanyakan ibu baharu hamil. Dikatakan ia boleh menyebabkan keguguran. Nanas mengandungi enzim protease bromelain. Enzim ini dapat melembutkan pangkal rahim sehingga boleh menyebabkan keguguran.
3)Jeruk
Buah-buahan yang dijerukkan mengandungi banyak vitamin C. Jika dimakan keterlaluan maka ia mendedahkan bakal ibu kepada bahaya keguguran.
4)Teh hijau
Teh hijau memang diketahui banyak khasiatnya kepada si peminum tetapi ia tidak digalakkan untuk ibu hamil. Teh hijau dapat menyebabkan masalah pada kesuburan dan juga membuatkan anda keguguran.
5)Ikan masin
Pengambilan ikan sebagai makanan utama ketika hamil memang amat digalakkan kerana ia mengandungi DHA yang tinggi. Tetapi tidak kepada ikan masin yang mengandungi bahan pengawet seperti garam dan bahan kimia yang boleh meningkatkan tekanan darah ibu hamil. Oleh itu jika mengidam makan ikan masin, eloklah anda fikirkan risiko buruknya.
6)Keju proses
Keju sememangnya kaya dengan kandungan kalsium tetapi ada beberapa jenis keju yang menjalani beberapa kali proses. Keju jenis ini tidak baik untuk kandungan.
Apa pun ibu hamil digalakkan merujuk kepada doktor pakar berkenaan pengambilan jenis makanan tersebut demi memastikan kandungan terus membesar dengan sihat.
Monday, 24 March 2014
Aktiviti saya dekat sekolah
Okey..
Nk story molly niey.kt sekolah haziq mmg tiap bulan ada aktiviti yang ibubapa WAJIB menglibatkan diri.
Amek KAU !!
dlu sekolah pn xbyk aktiviti
Sokey..
Tugasan adalah hias sudut @ dinding..
Dari dinding kosong,kter kne hias menjadi cantik.
Tema yg dikenakan adalah "tumbuhan"
Makanya kumpulan di bahagikan
Nmpk senang tp percayalah ia amat susah nak buat.
100% siap..Good jobs
Terima kasih semua..
Subscribe to:
Posts (Atom)