Tuesday, 28 October 2014

Next step : pemilihan sekola buat haziq



bermulanya disini
haziq akan bermula sekolah disini pada tahun 2015 (5tahun)
dekat sini ada beberapa perkara untuk di kongsi beberapa sebab pemilihan sekolah disini
kami hanya mahukan yang terbaik untuk haziq
kami mencari tadika yang berdekatan dengan tempat kerja.
senang untuk saya menguruskan waktu persekolahan haziq.
bagi ibubapa bekerja seperti saya.
kalau ada kecemasan dekat untuk datang melihat.
banyak juga tadika yang cari tapi belum ada yang sesuai dengan harapan kami.
saya lebih suka ada islamic juga lebih pada english.
bergantung pada ibubapa.
ada yang suke chiness
ada yang suka full islamic
ada yang full english
macam2 lar citarasa.
bagi saya
asas agama penting buat haziq
sekurang2 nya haziq tahu beberapa perkara asas dalam islam.
di sini,
kawasan sekolah yang bersih.
tempat belajar yang tersusun.
tandas yang bersesuaian
tempat bermain
perpustakaan
ciri2 keselamatan pun ada.
lengkap.
haziq akan berada di sekolah sepanjang hari dari 8.00am hingga 6.00pm
bagi yang bekerja macam kami.
tapi sekolah ini juga menawarkan separuh hari 8.00am hingga 12.00pm
bagi ibubapa yang tidak bekerja boleh memilih untuk menghantar separuh hari sahaja.
pertama kali jumpa owner tadika ini memang peramah.
penjelasan yang diberikan juga teratur & juga jelas.
apa yang lebih menarik sekolah ini ada summer camp untuk anak-anak
boleh belajar berdikari.
ada juga kelas masak..tapi simple sahaja.
takde sampai kena masak rendang pulak.heeee
yang buat saya tertarik juga menawarkan kelas mengaji.
jadi senang jika semua ada dalam satu sekolah.
jika saya fikir bila hantar sekolah separuh hari nanti kena cari pengasuh.sudah itu hendak hantar pergi kelas mengaji jadi banyak perkara kena buat.
kesian pula pada haziq nanti terpaksa kesana sini.
sistem pembelajaran yang ditawarkan juga amat menarik 
memang kena pergi tanya sendiri.
lain orang lain cara pula.
yang pasti mahukan terbaik.