apa BEZA jika anak tunggal dan mempunyai anak ramai?
kenapa harus dipersoalkan?
tiada beza untuk dua perkara ini
bagi aku..
alasan aku..
jawapan aku..
ini tentang apa yang aku rasa..
apa yang aku nak bagitau..
STOP thinking of you
aku memang mempunyai anak tunggal
anak aku cuma satu
tapi apa yang aku beri itu semua usaha
kalau aku nak bagi susuatu
aku berusaha.
kerana aku bukan orang senang
dan aku hanya yang orang biasa
kenapa perlu pertanyaan ini
"owhh ko anak sorang boleh lar?"
kenapa?
aku sakit hati jika mendengar
sebab aku memang bukan orang senang yang dengan mudah mendapatkan apa yang aku mahu.
setiap apa pilihan aku..
aku perlukan pengorbanan.
aku memilih sekolah terbaik untuk haziq atas beberapa sebab.
sebab apa?
biar jawapan itu hanya aku yang tahu..
nampak senang ker jika mempunyai anak tunggal?
biarlah..
hanya kita yang merasa.
aku juga tahu semua pasti nak yang terbaik untuk anak masing2
selera yang berbeza untuk taraf pendidikan yang diberi.
kenapa jika anak ramai tak boleh hantar sekolah mahal?
jika kamu mahukan pasti ada usaha.
jangan mempertikaikan
apa usaha orang
hanya nampak senang orang tapi tak penah tahu susah orang
itulah hakikat..
tak semua memandang disebaliknya
berfikirlah dengan lebih luas bukan dengan hanya memandang
aku bermula dari susah
aku punya impian
jika aku seorang suri rumah
aku boleh top up pembelajaran haziq dirumah
lagi jika usaha itu berjaya
aku lebih bangga,jika anak aku sendiri
membesar depan mata..
tapi aku bekerja..aku rugi masa itu
mungkin ada yang tak perasan nikmat menjadi seorang ibu sepenuh masa dirumah
banyak yang kita boleh lakukan bersama
pelajari bersama
terokai bersama
ada yang berjaya tanpa perlu hantar anak ke sekolah
dengan didikan yang lengkap dirumah
aku penah membacanya
kenapa orang lain tidak mencontohi usaha begitu
tiada yang mustahil.