Monday 13 March 2017

tips permulaan sekolah 7 tahun

hi mummy

Dekat sini saya nak share beberapa permilihan untuk persiapan anak 7tahun.
awalnya saya juga pening macam manakan sebab inilah pengalaman pertama saya. saya juga banyak mencari info untuk permilihan barang apa nak di beli.

okey..

1. baju sekolah 
    -saya sediakan 3helai. saya beli brand canggih kerana faktor kain yang sangat baik. sebaiknya ikut kemampuan puan yee.. sebab anak lelaki saya lasak..

2. seluar
   -saya sediakan 3helai. saya beli brand 'aeon' sebab harga murah dan kualiti kain seluar sama dengan kain canggih. sangat tebal juga. ini pun faktor seluar brand canggih dah abes jadi terpaksa cari pilihan kedua.

3. beg sekolah
  - saya cari beg yang ada kualiti sikit sebab saya tahu biasa budak akan banyak bawa buku ke sekolah. lepastu beg yang tak banyak design budak pakai dengan alasan senang anak nak ingat beg. tips lain,puan boleh lebelkan nama pada beg anak yee..

3.kasut
  - beli sepasang je..sebab ada kasut yang masa tadika yang boleh digunakan balik yee..jadi jangan nak buang duit anda..hihi tak salah juga ada bujet nak beli lebih dari sepasang kan. kasut anak yang buat pilihan nak pakai jenis yang macam mana..

4.duit poket
 -ini part yang paling penting dari terpenting.. TIDAK DIGALAKKAN kasi anak duit banyak kerana boleh jadi mangsa buli pada kawan2 di sekolah..jadi kaji berapa kawan sekeling bawa pergi sekolah.. pastikan juga cukup untuk anak berbelanja di sekolah nanti..

camping days at taska 2017

february 2017
haziq ini adalah kenangan waktu haziq di taska bersama kawan
masa ini umur haziq 7tahun.,

Tuesday 20 September 2016

Warkah buat suamiku

Assalammualaikum en suamiku NORISAM..

Terima kasih memberi diri ini peluang untuk menemani sayang.
Berkesempatan ini membuat diriku ingin menyambung tulisan dari isi hati ini..

Sayang
Kehadiranmu datang melalui sebuah mimpi
Sebuah mimpi untuk diriku yang waktu itu belum mengetahui maksud tersampai

Sayang
Untuk pertama kali dikau membawa aku hadir disebuah rumah
Langkah ini terhenti di muka pintu
Hati ini tertanya
"Apakah diri ini pernah menngunjungi rumah ini?"
Setiap sudut aku perhatikan

Sayang
Memilihmu sebagai teman hidupku
Membuat seribu erti
Sifat ketegasan yang kamu miliki membuat aku terpaut
Dikau mencorak aku
Dikau membentuk aku
Dikau mengajarkan aku
KEHIDUPAN

Sayang


Tuesday 29 March 2016

Aktiviti : projet sains PRASEKOLAH bulan march 2016

PROJET SAINS BULAN

ini adalah mengenai barang serap air dan barang tidak serap air

bahan serap air yang di bawa:
1. tisu
2. tuala

barang yang tidak serap air yang dibawa
1.plastik
2.berus dawai

ikuti aktiviti pembelajaran buat haziq..
selepas itu anak-anak diminta untuk melakukan aktiviti menyiram pokok si kawasan sekolah

boleh bantu cari mana HAZIQ??


JUMPA HAZIQ TAK?? 

HAZIQ pakai baju warna putih hari ini
nampak sungguh2 betul.


TOLONG siram pokok atau cuci sekolah ni


nampak barang yang di bawa?
boleh melakukan aktiviti ini bersama anak di rumah
bagi mendedahkan apa di sekeliling mereka
JOM?

SELAMAT MENCUBA..


bantu & ajarlah anak untuk meneroka dunia mereka
bagi kepercayaan pada mereka untuk mencuba
tapi mestilah di bawah pengawasan kita


SEKIAN

Persekolahan haziq pada tahun 2016 (6tahun)

2016 
kini bermula
tahun ini haziq berusia 6 tahun
saya memilih untuk memasukkan haziq ke PRASEKOLAH pada tahun ini
kerana bagi membiasa kan diri dengan suasana sekolah rendah akan datang
takde ler "shock @ terkejut" sangat nanti bila dah masuk tahun 1..
permulaaan sekolah amat mengejuatkan juga kerana haziq cepat selesa dan amat matang
berbeza tahun sebelumnya..
ok..permulaan tak bagi kami masuk tengok apa yang dia buat di sekolah.
jadi kepercayaan 100% buat haziq
cute nya haziq..
sedih mummy kalau haziq cepat membesar..
serius..
1st day rambut kena pacak tapi balik sekolah..
haziq bagitau tak boleh buat rambut begitu lagi yaa..

bacaan ikrar
lagu negaraku
lagu bangsa johor..
adakah aku masih ingat..heee
rindu pulak zaman sekolah dulu..
ini adalah aktiviti pertama di sekolah..
okey..
alamak..
hazia ada gigi berlubang
maaf..kena turap..
tips penjagaan gigi di sekolah
dialog " ek eleh..seperti kacang aja cara mengosok GIGI"
INI pula adalah aktiviti ke-dua di sekolah
iaitu bagi umat islam adalah menyambut maulud nabi
mudah2 haziq dapat belajar sesuatu di hari ini

SEKIAN..