Kanak-kanak amat senang dan tenang apabila muzik yang digemari dipasang ketika mereka hendak tidur atau ketika mereka sedang bermain. Biasanya kanak-kanak akan memberikan reaksi yang berbeza terhadap muzik yang mereka gemari. Tetapi tahap-tahap ini, adalah bergantung kepada faktor umur kanak-kanak tersebut dan juga waktu-waktu yang tertentu. Muzik juga dapat menarik minat dan perhatian kanak-kanak, ini adalah kerana pada tahap ini, kanak-kanak mempunyai tahap pendengaran yang sangat tinggi dan akan memberi fokus terhadap sesuatu muzik yang mereka dengari..
baru2 nie saya ada mengikuti bengkel untuk ibubapa di sekolah anak saya.kanak2 belajar dengan macam2 cara..ada yg mendengar,bermain,melihat atau sebagainya. cuba perhatikan anak anda, mereka belajar sesuatu dengan cara apa?
Tahap perkembangan muzik kanak-kanak 2 hingga 3 tahun
- Boleh menyanyikan beberapa patah perkataan serta mula berkayal dan suka akan permainan drama
-Jika mereka mendengar sesuatu muzik mereka akan bertepuk tangan, menggerakkan badan menganggukkan kepala dengan penuh semangat dan
-Kanak-kanak mula meminati alat-alat muzik
-Pada tahap ini, kanak-kanak telah mampu untuk menggolek, menyepak dan membaling sesuatu yang boleh diaplikasikan dengan sesuatu muzik.
-Kanak-kanak pada peringkat ini menyukai muzik yang rancak
Langkah-langkah :
Meletakkan kanak-kanak dalam satu kumpulan yang kecil.
Memilih muzik yang sesuai dengan tahap perkembangan kanak-kanak.
Semasa muzik diperdengarkan kepada kanak-kanak, cuba memyelitkan nyayian secara spontan.
Kemudian, memperkenalkan jenis-jenis alat muzik kepada kanak-kanak dan membunyikan alat-alat tesebut dengan satu persatu.
Menyuruh kanak-kanak memainkan alat muzik tersebut sambil mengajarnya