jom ikuti cara mengajar anak menggunakan picture board :-
Langkah-langkah :
· Pegang picture board di hadapan anak anda.
· Perkenalkan apakah gambar yang ditunjukkan
· Tanyakan beberapa soalan mudah terlebih dahulu berkaitan gambar tersebut. Soalan yang diajukan mestilah mengikut aras kognitif yang berbeza.
· Cuba pelbagaikan soalan yang diajukan. Gunakan mimik muka dan bahasa badan yang sesuai berkaitan gambar tersebut untuk mearik perhatian kanak-kanak.
· Letakkan anak anda di tempat yang selesa dan berikan kad gambar tersebut kepada anak anda supaya dia dapat melihat gambar tersebut secara jelas dan dekat dan menceritakan semula apa yang terdapat dalam gambar tersebut.
· Rakamkan bunyi binatang berkenaan, dan mainkan sekiranya gambar yang dipaparkan di atas picture board berkaitan binatang tersebut. Pastikan kanak-kanak tersebut boleh mendiskriminasi bunyi binatang tersebut dengan betul.
· Perhatikan anak anda. Adakah anak anda melihat gambar dan melakonkan pergerakan atau membuat bunyi seperti gambar binatang yang terdapat dalam picture board.
No comments:
Post a Comment