Tuesday, 17 September 2013

apa itu cacar air?

Cacar air ialah penyakit yang senang dijangkiti  disebabkan satu kumpulan virus herpes. Ia menyebabkan ruam yang bersifat tersendiri dan simptom sama seperti flu ringan.
Ramai kanak-kanak mendapat cacar air semasa usia kecil mereka dan ia biasanya adalah penyakit ringan. Simptom penyakit akan kelihatan antara 10 dan 21 hari apabila anak anda dijangkiti cacar air.
Penyakit tersebut mudah menjangkiti orang lain dari masa dua hari sebelum ruam timbul sehingga semua bintik-bintik sudah kering. Biasanya dalam masa lebih kurang lima hari.

Bagaimana bayi dijangkiti cacar air?
Seorang yang sudah dijangkiti, apabila bersin atau berada rapat dengan bayi, boleh memnyebarkan bakteria cacar air. Anak anda boleh dijangkiti cacar air cuma dengan berada sama bilik dengan orang yang menghidap penyakit itu. Cacar air boleh juga dijangkiti dari seorang yang mempunyai kayap. Kayap disebabkan virus yang sama seperti cacar air.

Apakah simptom-simptom cacar air?
Cacar air selalunya bermula dengan simptom-simptom demam yang ringan:
*Demam
*Sakit kepala
*Mual
*Sakit-sakit badan
*Kurang selera
Lebih kurang dua hari kemudian, ruam cacar air timbul. Ia bermula sebagai bintik-bintik merah yang kecil dan akan bergelembung di sebelah atas dalam beberapa jam. Bintik-bintik ini akan bermula di muka bayi anda.
Bintik-bintik itu akan merebak ke dada dan perut, kemudian ke lain-lain bahagian badan, dan keluar secara berkelompok. Kadangkala disebabkan terlalu banyak bintik, ia kelihatan seakan-akan bercantum, tetapi kadangkala terdapat bintik jarang-jarang sahaja. Bintik-bintik yang lebih sakit terdapat atas kulit kepala, dalam mulut dan tekak, dan di keliling genital.
Apakah rawatan bersesuaian?
Cacar air adalah virus, jadi ia tidak memberi respon kepada antibiotik. Ia akan sembuh dengan sendiri, tetapi anda boleh melegakan simptom bayi dengan beberapa rawatan di rumah.
1.    Jika bayi anda tiga bulan atau lebih tua, anda boleh memberinya parasetamol atau ibuprofen bayi untuk menurunkan demam dan untuk melegakan sebarang sakit-sakit badan. Semak maklumat tentang dos di paket, atau tanya doktor atau ahli farmasi jika kurang pasti banyak mana hendak diberikan kepada bayi.

2.    Beri bayi anda banyak cecair untuk mengelakkannya nyahhidrat. Beri dia lebih susu ibu atau jika sudah makan beri makan makanan bayi.

3.    Untuk melegakan bintik-bintik gatal, anda boleh guna losen kalamin. Anda juga boleh cuba mencampurkan bikarbonat soda ke dalam mandian bayi untuk melegakan gatal-gatal.

4.    Jika bayi anda berusia  lebih setahun dan gatal-gatal itu mengganggunya terutama di sebelah malam, doktor  mungkin mempreskripsikan antihistamina chlorphenamine (Pirition). Ini juga mempunyai kesan sedatif yang boleh membantu dia lebih mudah tidur.

5.    Pastikan kuku bayi pendek jika dia suka menggaru. Ini membantu mengelakkan parut dan mencegah bintik mendapat infeksi.

6.    Pakaikan bayi baju kain benang yang longgar supaya kulitnya sentiasa sejuk dan kurang berasa gatal.


p/s: sumber rujukan saya adalah majalah PAMA

No comments:

Post a Comment