Thursday, 31 January 2013

petua hilangkan jerawat


Petua 1 : Ambil sedikit asam jawa dan beberapa inci kunyit hidup . Tumbuk kunyit itu dan campurkan dengan asam jawa dan sedikit air . Setelah campuran itu sebati, sapu ratakan ke seluruh muka anda . Biarkan kira-kira 20 minit . Kemudian ketika anda mandi , basuhlah dengan bersih . Jika selalu diamalkan , muka anda akan sukar ditumbuhi jerawat dan kulit menjadi lebih halus .
Petua 2 : Campurkan air limau nipis dengan satu sudu minyak masak . Sebelum tidur , sapukan campuran tadi ke seluruh muka anda. Sekiranya anda merasa pedih , itu hanya sementara . Esoknya , ambil beberapa keping asam gelugur (asam keping) dan rendam dalam air panas . Setelah sejuk atau suam , basuhlah muka anda dengan air itu . Ambil asam dan gosokkan ke seluruh muka anda . Kuatkan gosokan anda pada tempat -tempat yang berparut. Bairkan beberapa minit , kemudian basuh dengan air biasa. InsyaAllah , muka anda akan menjadi licin dan bersih.
Petua 3 : Campur bedak sejuk dengan garam dan air asam jawa. Selawat pada Nabi 3 kali. Sapukan di muka dan di tempat jerawat. InsyaAllah, jerawat akan beransur hilang.
Petua 4 : Hilangkan jerawat dengan sebungkus daun teh (masih hijau). Didihkan kemudian lekatkan ke jerawat.
Petua 5 : Bersihkan muka. Kemudian cuci dengan air kelapa tua. Biarkan ia kering sendiri. Bilas dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu.
Petua 6 : Sejukkan sedikit kanji nasi. Sapukan pada jerawat dan biarkan ia kering di muka. Cuci dengan air suam. Amalkan setiap hari sehingga jerawat berkurangan.
Petua 7 : Basuh muka dengan air basuhan beras. Setelah kering cuci dengan air bersih. Amalkan selalu.
Petua 8 : Campurkan putih telur (ayam lampung) bersama satu sudu tepung jagung dan minyak zaitun. Gaul rata dan kemudian sapukan ke seluruh muka. Biarkan sehingga kering dan kemudian bilas dengan air suam. Ia elok untuk kulit bermasalah dan boleh membantu mengatasi jerawat. Amalkan 2 kali seminggu.
Petua 9 : Sapukan sedikit larutan tepung kanji bercampur air di sekeliling jerawat yang timbul. InsyaAllah ia akan membantutkan pertumbuhan jerawat tanpa sebarang parut.

Tuesday, 22 January 2013

Petua Merawat Ruam


ruam
Cara tradisional untuk merawat ruam di tubuh ialah dengan menggunakan manjakani. Tumbuk beberapa biji buah manjakani hingga halus. Campurkan dengan bedak sejuk. Kemudian, sapukan pada bahagian tubuh yang terdapat ruam. Lakukan setiap malam. Selamat mencuba.

Petua Untuk Ibu Hamil


Hilangkan rasa loya
Ambil segenggam daun kari, bersihkan dan kisar sehingga menjadi jus. Campurkan jus tersebut dengan perahan limau nipis dan satu sudu teh gula. Minumlah setiap pagi. Insya-Allah rasa loya akan hilang.

Kulit anak bersih
Semasa mengandung, amalkan meminum air kelapa agar kulit bayi dalam kandungan bersih dan halus serta terhindar daripada masalah ruam.

Inginkan anak berkulit cerah
Ibu hamil disarankan agar banyak makan sayur-sayuran berwarna hijau terutamanya sayur bayam jika inginkan anak berkulit cerah.

Atasi rekahan kulit semasa hamil
Agar kulit sekitar perut dan paha anda tidak merekah semasa hamil, sapukan dengan minyak zaitun setiap kali selepas mandi dan ketika hendak tidur.

Mudah bersalin
Ketika kandungan berusia 6 bulan, amalkan memakan satu sudu teh minyak kelapa yang dibuat sendiri sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Setelah berusia sembilan bulan pula, amalkan pengambilan setiap hari. 
  

Kenali Proses Kontraksi


Bayi belum “turun” tetapi pinggang sudah lenguh. Perut pula semakin memulas. Sakitnya semakin lama semakin kerap. Adakah itu tanda hampir bersalin?
Seawal tiga minggu dari tarikh jangkaan kelahiran, kesakitan yang dirasai semakin kerap. Selain itu, pengeluaran lendir bercampur darah atau lelehan air ketuban menandakan anda telah sampai ke peringkat awal proses bersalin. Pengecutan rahim merupakan asas utama yang akan memulakan keseluruhan proses bersalin. Rahim merupakan organ reproduktif wanita yang akan membiarkan janin membesar tanpa sebarang gangguan dan akan berkontraksi mengeluarkan janin sewaktu kelahiran. Ia merupakan dua fungsi yang bercanggah untuk satu organ yang sama.
Otot-otot yang terdapat di dinding rahim adalah jenis smooth muscle yang tidak dapat dikawal seperti otot-otot pergerakan di kaki dan tangan. Jadi, pengecutan otot ini bergantung kepada tindak balas saraf dan hormon-hormon yang dilepaskan ke dalam sistem badan ibu oleh janin yang dikandungnya.
Pemerhatian klinikal menunjukkan pengecutan bermula dari bahagian atas rahim dan merebak ke bahagian bawah menuju ke arah pangkal rahim. Ia berlaku berulang-ulang kali dengan kekerapan yang semakin tinggi. Namun, sebelum aktiviti maksima ini, proses yang sama telah pun berlaku tanpa disedari. Proses ini sebenarnya adalah proses yang normal untuk memastikan rahim, pangkal rahim dan bukaan faraj berada dalam kedudukan sejajar bagi membolehkan bayi turun dan keluar semasa proses kelahiran.
Kesakitan yang dirasakan sebenarnya berpunca dari pengecutan rahim yang berkala. Pengecutan yang kerap menyebabkan otot semakin kekurangan oksigen, suatu keadaan yang menimbulkan rasa sakit di dalam otot itu sendiri. Selain itu, tekanan ke atas komplek saraf yang tersepit di antara dua struktur bertulang yang keras iaitu kepala bayi dan tulang pelvik ibu menyebarkan sakit bersalin ke semua arah. Kesakitan ini berterusan dan semakin kuat apabila bukaan pangkal rahim bergerak secara aktif. Untuk kehamilan pertama, bukaan berlangsung dalam anggaran bukaan 1 cm setiap sejam.
Bayi akan mula turun melalui rongga yang telah tersusun dan membuka. Penurunan ini akan menimbulkan satu lagi punca kesakitan apabila bayi sampai dalam vagina dan bersedia untuk keluar. Regangan keseluruhan rongga vagina dan semua otot-otot pelvik di peringkat akhir proses bersalin juga memberikan rasa sakit.
Seringkali anda dinasihatkan untuk terus ke hospital sebaik sahaja tanda-tanda awal bersalin berlaku. Dalam julat masa yang singkat ini, terdapat segelintir daripada anda yang terdedah kepada pelbagai masalah yang melibatkan ibu atau anak dalam kandungan. Selain dari tu, pemantauan perlu dimulakan sebaik sahaja sakit bermula bagi ibu yang menghidap darah tinggi, kencing manis, penyakit jantung ataupun masalah perubatan yang lain. Kedudukan bayi perlu ditentukan untuk memastikan ia betul-betul sesuai untuk kelahiran biasa. Sekiranya air ketuban telah pecah, keadaan tali pusat bayi perlu ditentukan juga. Bagi masalah tali pusat yang keluar terlebih dahulu sudah tentu memerlukan pembedahan dilakukan dalam masa 10 minit untuk menjamin keselamatan bayi.
Sekiranya keadaan ibu dan bayi adalah baik, bukaan pintu rahim akan menentukan status kelahiran tersebut. Kurang dari 3 cm menandakan proses bersalin peringkat awal. Bukaan pangkal rahim yang lebih besar dari 3 cm menandakan proses aktif telah bermula. Penentuan kaedah kawalan sakit bersalin akan ditentukan berdasarkan status tersebut. Bergantung kepada kaedah yang disediakan di hospital, doktor akan memberikan kaedah yang bersesuaian.  
Mengambil kira kelahiran pertama sebagai contoh, antara kaedah yang dicadangkan ialah suntikan, sedutan gas entonox dan pembiusan epidural. Suntikan ubat tidak lagi sesuai sekiranya bukaan mencecah 8 cm. Dikhuatiri bayi akan mengalami kesan ubat dan susah bernafas sebaik sahaja dilahirkan. Sedutan sendiri gas Entonox boleh diambil pada bila-bila masa sepanjang proses kelahiran malah boleh diteruskan semasa proses pengeluaran uri atau jahitan dilakukan. Epidural pula hanya boleh diberikan sekiranya terdapat khidmat doktor bius khusus di bilik bersalin, lengkap dengan kakitangan serta peralatan bantuan untuk menangani sebarang komplikasi. Jadi, berbincanglah dengan doktor untuk mendapat maklumat lanjut. Maklumat ini tentunya akan melegakan perasaan cemas yang anda rasai.
Kontraksi palsu
Ada ketikanya, sebaik sahaja bergegas ke hospital, kesakitan reda dengan sendirinya. Biarpun begitu, anda perlu meneruskan pemeriksaan doktor bagi memastikan punca kesakitan tersebut. Ini kerana jangkitan kuman dalam air kencing, radang yang melibatkan appendiks atau usus boleh menimbulkan kesakitan yang sama. Dengan adanya tanda-tanda klinikal yang menjurus kepada lain-lain diagnosis selain sakit bersalin, doktor akan meneruskan pemeriksaan faraj.
Ketahuilah, kontraksi palsu akan hilang dengan sendiri. Ini kerana pangkal rahim masih kenyal dan tertutup rapat. Tiada juga terdapat tanda-tanda pendarahan atau lelehan air ketuban. Tambahan pula pemeriksaan ultrasound menunjukkan tempoh kehamilan masih awal dan bayi berada dalam keadaan yang baik.Rawatan khusus akan diberikan dan biasanya anda diarahkan untuk berehat di rumah untuk tempoh sementara antara tiga hingga tujuh hari sehinggalah pemeriksaan semula dilakukan.
 INFO
Bagi mengurangkan sakit kontraksi, anda digalakkan mengiring ke sebelah kiri. Ia membolehkan suami mengurut bahagaian belakang dan tidak mengganggu peralatan yang digunakan. Paling penting, ia tidak akan menyebabkan gangguan aliran darah kembali ke jantung. Jika mengiring ke sebelah kanan, rahim akan menghimpit saluran pembuluh darah utama ke jantung! 

Doa Ayah Dan Ibu Buat Anak


Anak adalah amanah dari Allah SWT. Ibu bapa wajib mendidik amanah tersebut menjadi insan mulia mengikut jalan yang benar dan diredai. Namun lumrah seorang kanak-kanak yang semulajadi memiliki sifat-sifat nakal sepanjang perjalanan tumbesaran mereka kadang kala menguji kesabaran ibu dan ayah.
Jangan cepat melenting menghadapi kerenah anak-anak kerana sebagai seorang Muslim kita sebenarnya mempunyai penyelesaian yang boleh dijadikan amalan seharian. Berdoalah kerana doa itu senjata orang mukmin.
Dalam Islam kita disuruh berdoa untuk memohon apa yang dihajati. Doa juga memainkan peranan penting untuk memohon kesejahteraan dan kebahagiaan diri sendiri dan keluarga. Sebagai ibu bapa, kita perlu sentiasa mendoakan untuk kebaikan anak dan tidak mengatakan yang buruk-buruk kepada anak-anak kerana apa yang lahir dari mulut seorang ibu adalah satu doa.
  •  Doa untuk semua
Setelah semua usaha dilakukan untuk meminta sesuatu, kita diminta berdoa kepada Yang Maha Esa agar dimakbulkan apa yang telah diusahakan. Demikian yang harus kita lakukan sebagai ibu dan ayah kepada zuriat sendiri.
1. Amalkan membaca ‘Ya Latif’ sebanyak tujuh kali dan hembuskan di kepala anak sewaktu mereka sedang atau hendak tidur.
2. Untuk membantu anak mudah belajar dan menelaah pelajaran, baca zikir Ya-Latif sebanyak 129 kali diikuti surah as-Syura ayat 19 yang bermaksud:
“Allah itu lemah lembut kepada hamba-hambaNya: Ia mengurniakan kepada siapa yang dikehendaki. Padahal, Dialah Yang Kuat, Yang Gagah.”
Sebaiknya dibaca selepas subuh iaitu dibaca pada air untuk minuman dan masakan seisi keluarga.
3. Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa Surah al- Imran ayat 200 yang bermaksud:
“ Hai orang-orang yang beriman! Sabarlah dan lawanlah sabar, dan bersedialah dan berbaktilah kepada Allah supaya kamu mendapat kejayaan.”
4. Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir Ya Hayyu, Ya Quyyum, Ya Latiff dan Ya Rahman berulang-ulang. Kesemua ini adalah doa pelembut hati.
5. Amalkan juga membaca Surah Toha ayat 1-8, Surah ar-Rahman ayat 1-4 dan surah al-Insyirah dibaca dalam aktiviti lain seperti semasa menemani anak mengulangkaji buku-buku dan membaca al-Quran.
6. Bagi ibu-ibu yang bercita-cita mendapat zuriat yang baik elok amalkan surah al-Imran ayat 38 iaitu doa nabi Zakaria a.s yang bermaksud:
“ Wahai Tuhanku! Berikan kepadaku dari pihak-Mu keturunan yang baik, kerana sesungguhnya Engkaulah pendengar doa.”
7. Kita juga digalakkan menyentuh dengan lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan. Petua membaca doa dan harapan semasa anak baru lelap elok diamalkan apabila anak ada masalah emosi atau tingkah laku.
8. Selepas solat lima waktu, amalkan doa dari surah al-Furqan-74 yang bermaksud, “ Tuhan kami, Anugerahkanlah kami isteri-isteri dan keturunan kami yang menyenangkan hati, dan jadikan kami imam bagi orang yang bertakwa” dan surah Ibrahim ayat 40 yang bermaksud:
“ Wahai Tuhanku, Jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang menegakkan solat. Wahai Tuhanku! Kabulkanlah doa kami.”
9. Sebaik-baik memohon doa adalah di waktu tengah malam. Seringlah bangun sepertiga malam untuk mendirikan solat solat sunat dan mendoakan kesejahteraan keluarga. Sebutlah nama anak secara spesifik untuk doa lebih berkesan.
Jadikanlah doa antara teknik berkesan membentuk peribadi anak-anak.
Doa-doa amalan
Antara ayat Al-Quran yang boleh diamalkan:
  1. Saat anak-anak bergaduh - Baca surah al-Baqarah, ayat 102, yang bermaksud, “Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
  2. Anak-anak pandai belajar – Baca surah al-Anbiyaa, ayat 79, yang bermaksud, “Maka Kami beri Nabi Sulaiman memahami hukum yang lebih tepat bagi masalah itu, dan masing-masing (dari mereka berdua) Kami berikan hikmah kebijaksanaan dan ilmu (yang banyak) dan Kami mudahkan gunung-ganang dan unggas memuji Kami bersama-sama dengan Nabi Daud dan adalah Kami berkuasa melakukan semuanya itu.”
  3. Anak-anak lembut hati dan elakkan panas baran – Baca Surah al-Anbiyaa, ayat 69, yang bermaksud, “Kami berfirman, hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim.”
  

Sembelit Menyeksakan selepas bersalin


Kesukaran membuang air besar atau lebih dikenali sebagai sembelit ini disebabkan oleh banyak perkara. Antaranya kurang minum air dan pengambilan ubat-ubatan yang bersifat panas seperti jamu dan ubatan herba. Bagi masyarakat Melayu, ibu-ibu yang baru lepas bersalin dilarang minum banyak air kerana dikatakan boleh menyebabkan saluran faraj berair dan perut jadi buncit.
Selain itu, kurang makan sayur-sayuran dan buah-buahan turut menjadi penyumbang kepada masalah sembelit. Alasannya, kebanyakan sayur-sayuran dan buah-buahan ‘sejuk’. Pengambilannya dikatakan boleh memudaratkan ibu dalam pantang padahal sayur dan buah kaya dengan serat yang berfungsi membantu proses penghadaman dan mempercepatkan aliran keluar sisa makanan dari tubuh.     
Sembelit selepas bersalin terjadi kerana perjalanan najis di dalam saluran usus menjadi perlahan. Keadaan ini disebabkan oleh beberapa faktor:
  1. Otot pada abdomen menjadi kendur menyebabkan tekanan pada bahagian dalam abdomen lebih rendah daripada biasa.
  2. Otot pada usus juga mengendur kerana kadar hormon progesterone yang tinggi semasa hamil.
  3. Takut hendak membuang air besar kerana bimbang jahitan pada luka episiotomi terbuka atau rasa sakit pada bahagian tersebut.
 Untuk mengatasi masalah ini, cubalah cara-cara ini:
  • Banyak minum air iaitu kira-kira 6 hingga 8 gelas sehari. Jika anda menyusukan bayi, kuantitinya perlulah ditambah. Air akan membantu penghasilan susu yang banyak, mengurangkan jangkitan kuman dan pundi kencing dan mengurangkan sembelit. Dehidrasi akibat kekurangan air kerana terlalu berpantang boleh menyebabkan luka lambat baik dan air susu menjadi kurang.
  • Jika terasa ingin membuang air besar, segeralah ke tandas walaupun anda rasa kurang selesa terutamanya dalam minggu pertama selepas bersalin. Ketahuilah bahawa lebih lama anda menahan diri daripada membuang air besar, lagi keras najis anda dan pastinya akan memburukkan lagi keadaan.
  • Lakukan banyak pergerakan seperti berjalan dan senaman ringan walaupun ketika dalam pantang. Cara ini akan memudahkan anda membuang air besar.
  • Makan makanan yang kaya serat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Selain serat, makanan ini juga mengandungi banyak vitamin seperti vitamin C. Vitamin C diperlukan untuk memulihkan tisu-tisu yang tercedera semasa kelahiran bayi dan bagi menyembuhkan luka episiotomi ataupun luka caesarean.
  

Posisi Tidur Terbaik Ketika Hamil


pama1
Di awal usia kehamilan, anda berupaya untuk tidur nyenyak. Walau bagaimanapun, apabila kandungan semakin membesar, tidur lena mula terganggu. Ikuti hasil selidikan Pa&Ma tentang posisi tidur terbaik.
Ketika perut belum lagi membesar di trimester awal kehamilan, anda dapat tidur tanpa gangguan. Malah posisi tidur pun dapat dipelbagaikan tanpa banyak halangan. Namun, apabila bayi yang dikandung semakin membesar dari sehari ke sehari, maka saat itulah tidur terganggu dek kerana saiz perut, pergerakan bayi mahupun masalah kekejangan kaki.
Setakat ini belum ada penyelidikan lebih lanjut yang dilakukan berkaitan posisi tidur untuk wanita hamil. Walau bagaimanapun, pakar perubatan sangat menggalakkan anda untuk tidur secara mengiring terutamanya selepas minggu ke-16 kehamilan.
Dalam pada itu, sebaik-baiknya mengiring ke sisi kiri kerana posisi sebegini memastikan bayi mendapat aliran darah yang lebih lancar. Ia disebabkan inferior vena cava di bahagian belakang sebelah kanan tulang belakang mengembalikan darah dari tubuh bahagian bawah ke jantung. Dengan mengiring ke kiri, ia turut membantu buah pinggang menjalankan aktiviti perkumuhan dengan baik lalu mengurangkan masalah pembengkakan di bahagian kaki, pergelangan kaki dan tangan.
Tidur dengan posisi mengiring ke kanan juga baik. Jadi, anda boleh mengubah posisi ke kanan dan ke kiri agar tidur lebih selesa. Bagi yang kekok untuk tidur dalam posisi sebegini, ada baiknya mula membiasakan diri sejak di awal kehamilan lagi. Bagi mendapatkan tidur dengan posisi mengiring yang lebih selesa, anda boleh meletakkan bantal di antara paha dan di punggung. Anda juga boleh menggunakan bantal tidur yang disediakan khusus untuk ibu hamil.
Selepas hamil 16 minggu, anda tidak lagi digalakkan untuk tidur secara menelentang. Hal ini disebabkan anda akan meletakkan seluruh berat rahim ke bahagian belakang, usus dan iinferior vena cava. Tidur dalam keadaan posisi terlentang juga akan meningkatkan risiko sakit pinggang, buasir, menjejas sistem pencernaan, menyukarkan pernafasan dan mengganggu peredaran darah.
Selain itu, ia turut mempengaruhi tekanan darah. Ada segelintirnya mengalami penurunan tekanan darah hingga menyebabkan masalah pening kepala. Tidak kurang, ada juga yang mengalami peningkatan tekanan darah. Oleh kerana itu, jika anda mempunyai tekanan darah tinggi ketika hamil, posisi ini sama sekali tidak boleh dipraktikkan.
Bagi yang tiada komplikasi pula, anda masih boleh sekali-sekala tidur terlentang, tetapi jangan terlalu lama. Jika ingin bangun dari tidur secara terlentang pula, dinasihatkan agar tidak melakukannya secara mendadak.
12 Panduan Atasi Masalah Tidur
1. Posisi tidur mengiring ke kiri
Memandangkan posisi tidur terbaik yang disyorkan sepanjang hamil ialah tidur mengiring ke kiri maka, usahakan untuk tidur dalam posisi ini setiap malam.
2. Mandi air suam
Sebelum tidur, mandi dengan air suam. Rasa segar yang bangkit akan memudahkan anda lena.
3. Elak makan terlalu banyak sebelum tidur
Anda mungkin kerap berasa lapar walaupun ketika sudah tiba masa untuk tidur. Untuk itu, hindari daripada makan terlalu banyak. Alternatifnya, anda boleh mengambil makanan ringan yang lebih berkhasiat.
4. Minum Susu Suam
Kandungan asid amino tryptophan di dalam susu yang meningkatkan kadar serotonin ke dalam otak akan membantu anda untuk tidur nyenyak.
5. Amalan Tarik Nafas
Latihan menarik nafas yang teratur dapat membantu mengurangkan ketegangan otot sekali gus membantu anda untuk tidur lebih baik. Dalam keadaan duduk, berdiri atau berbaring, tarik nafas melalui hidung secara perlahan dan tahan nafas selama satu hingga dua saat. Kemudian hembus dan keluarkan nafas melalui mulut secara perlahan-lahan. Lakukannya dalam ulangan 10 kali.
6. Bersenam
Senaman yang dilakukan secara teratur dapat mengurangkan masalah kekejangan kaki. Namun, adalah tidak digalakkan untuk anda bersenam beberapa jam sebelum tidur kerana endorfin dan adrenalin yang dirembeskan akan membuat mata anda kekal berjaga.
7. Bantal Yang Menyangga
Sangga perut mahupun pinggang dengan bantal bersesuaian. Ia akan membantu menyelaras pinggul dan tulang belakang untuk mendapatkan keselesaan berpanjangan ketika tidur.
8. Suhu Bilik
Sensasi panas yang kerap dialami di penghujung kehamilan sedikit sebanyak mengganggu tidur. Jadi, pastikan suhu bilik anda sentiasa nyaman. Jika tidak menggunakan penghawa dingin, pasti aliran udara di dalam bilik sentiasa lancar agar tidak menimbulkan kepanasan melampau.
9. Katil Yang Selesa
Keadaan katil yang selesa tentu sahaja dapat menimbulkan keselesaan kepada anda yang mula mengalami masalah tidur terutamanya di penghujung usia kehamilan. Pastikan tilam yang digunakan berkualiti baik dan memberi sokongan yang baik kepada tulang belakang. Sekurang-kurangnya ia membantu anda tidur dengan lena tanpa perlu risau dengan komplikasi lain yang timbul akibat penggunaan katil yang kurang baik.
10. Rutin Tidur
Biasakan diri untuk melakukan rutin menenangkan setiap kali sebelum tidur. Sebagai contoh, mandi menggunakan air suam diikuti mendandan diri dengan menyapu pelembap di bahagian tubuh yang bermasalah kering ketika hamil ini dan selanjutnya membaca bahan bacaan ringan sebelum melelapkan mata. Dengan yang demikian, minda akan diselaraskan untuk mengetahui rutin ini merupakan petunjuk bahawa sudah tiba masanya untuk tidur.
11. Pakaian Tidur
Baju tidur yang disarungkan turut memainkan peranan penting. Oleh yang demikian, pakai baju tidur yang mampu menyerap peluh dengan baik. Hal ini kerana pakaian yang tidak bersesuaian mungkin akan menyebabkan sensasi panas yang biasa dialami di akhir trimester kehamilan mengganggu tidur anda.
12. Suasana Bilik Tidur
Keadaan bilik yang tenang dan nyaman pasti mengundang mood anda yang keletihan seharian untuk tidur dengan nyenyak. Anda boleh mewujudkan suasana sebegini dengan memastikan bilik sentiasa berkeadaan kemas, menggunakan lampu malap selain menyembur wangian atau minyak aromaterapi yang mampu meninggalkan aroma segar sepanjang anda tidur.

Cara Ajar Anak Budi Bahasa

Membentuk anak mengenai budi bahasa adalah suatu proses yang berterusan. Dan usia tiga sehingga 5 tahun adalah waktu utama untuk mengajar anak-anak mengenai budi bahasa. Ikuti panduan mengenai bagaimana untuk membentuk budi bahasa dalam diri si manja anda.

1. Erti Rasa Hormat
Tunjukkan tingkah laku yang baik kepada anak. Cakap dengan elok kepada anak anda dan tingkah laku anda itu akan membuatkan dia melakukan perkara sama kepada orang lain.
2. Berkongsi Permainan
Beri kata-kata pujian apabila dia sedia berkongsi dengan orang lain. Katakan kepadanya sikap suka berkongsi barang membuatkan dirinya disukai ramai.
3. Praktik Perkataan Kesopanan
Jadikan perkataan, ‘ tolong’ dan ‘terima kasih’. sebagai ungkapan yang wajib dalam keluarga anda. Jika anak anda lupa untuk mengucapkan terima kasih, ingatkan kepadanya.
4. Ucapan Meminta Maaf
Tunjukkan situasi si kecil harus mengucapkan kata-kata maaf. Jadikan ungkapan meminta maaf sebagai suatu perkara biasa. Dengan cara ini membuatkan anda lebih disenangi dalam pergaulannya dengan rakan sebaya.
5. Memberi Pujian
Pujian adalah kata-kata yang menakjubkan buat anak anda. Beritahu kepada anak anda bahawa anda bangga apabila dia menunjukkan sikap yang sopan setiap masa.
6. Menjadi Model Mengajar Tatatertib Kepada Anak
Jika mulut anda penuh dengan makanan apabila anda bercakap, anak anda akan mengikut perkara yang sama apa yang dilihatnya.
7. Mengungkapkan Penggunaan Ayat Yang Betul
Jika anak menggunakan perkataan, “Adik mahu air,” anda betulkan penggunaan ayatnya dan berkata, “Boleh ibu tolong ambilkan adik air,?” dan minta anak anda ulangi ungkapan tadi. Anda harus mengulangi penggunaan ayat ini sebarang situasi.
8. Minta Kebenaran
Ia sukar pada tahap usia ini untuk melatihnya. Jika anak anda merampas barang permainan rakan sebaya, katakan kepadanya, “ Perbuatan adik ini tidak baik dengan cara mengambil barang kawan tanpa meminta kebenaran.
9. Lakukan Kerja Rumah
Biarkan si manja membuang sampah atau lampin pakai buangnya ke dalam bakul sampah. Juga membawa pinggan plastik di letakkan atas meja ke sinki. Ia suatu pengenalan kepadanya untuk membantu ahli keluarganya membersihkan rumah.
10. Berlatih Untuk Duduk Diam Di Meja Makan
Lakukan dalam tempoh masa 15 kepada 20 minit. Ia mengajar anak berdisiplin di meja makan tanpa melakukan sebarang perbuatan yang mungkin akan mengundang kemarahan anda.
11. Gunakan Perkataan ‘Tolong’
Guna perkataan ini apabila mahu meminta anak anda mengambil barang yang anda mahu. ‘Adik, tolong mama ambilkan baju tu.
12. Komen
Jangan membuat komen tidak baik mengenai makanan di hadapannya. Jika tidak mahu katakannya, “tidak, terima kasih.”
13. Duduk Di Meja Dengan Kedudukan Yang Sopan
Jangan membuat bising. Makan dengan sopan supaya tiada makan atau minuman tidak bersepah. Jangan bergaduh di meja makan.
14. Suara
Beritahu kepadanya tempat yang ‘ok’ bersuara kuat dan tempat yang perlu bercakap perlahan.
15. Salam
Menghulurkan salam untuk berjabat tangan apabila berjumpa dengan orang yang lebih tua daripadanya. Ia mampu melahirkan perasaan hormat dalam diri anak itu.

RESEPI : Croissant Tuna Bercili

pembuka selera
Bahan-bahannya :
2 biji croissant mini
Ketulan isi tuna secukupnya
2 biji cili padi (dipotong kecil)
Mayones secukupnya
Sedikit mentega
Daun salad secukupnya

Cara Membuatnya:
1. Mula-mula, potong bahagian tengah croissant dan sapukan dengan sedikit mentega.
2. Selepas itu, letakkan daun salad.
3. Kemudian, masukkan pula ketulan tuna yang telah dicampurkan dengan potongan cili padi dan mayones.
4. Sedia untuk dihidangkan.
Masa : 5 Minit
Hidangan : 1 Orang

RESEPI : Roti Berinti Telur Dadar


pembuka selera2
Bahan-bahannya :
2 keping roti gandum
Beberapa helai daun salad
1 biji telur dibuat telur dadar (dipotong kecil)
Sos thousand island secukupnya

Cara Membuatnya:
1. Potong dua kepingan roti gandum dan letakkan daun salad.
2. Kemudian, taburkan telur dadar yang sudah dipotong kecil.
3. Akhir sekali, tuangkan sos thousand island ke atasnya.
4. Sedia untuk dihidangkan.

Masa : 5 minit
Hidangan : 1 Orang

RESEPI : jom buat Bebola Pulut Serunding


bebola
Bahan-bahannya:
1 mangkuk kecil pulut kuning
1 mangkuk kecil serunding daging

Cara Membuatnya :
1. Mula-mula, bulat-bulatkan pulut kuning sebesar saiz bebola ikan sehingga habis kesemua pulut.
2. Selepas itu, salutkan dengan serunding daging sehingga habis.
3. Sedia untuk dihidangkan.

Masa : 10 Minit
Hidangan : 1 Orang

Tip Didik Anak Cemerlang


1. Konsisten dengan peraturan yang ditetapkan kepada anak-anak.
2. Apabila anak bercerita kepada anda, jadilah pendengar yang setia.
3. Bersikap jujur kepada anak.
4. Memperuntukkan masa berkualiti untuk bersama anak.
5. Pandanglah anak dengan penuh kasih sayang.
6. Berikan penghargaan setiap kali anak melakukan perbuatan baik (pujian, pelukan, ciuman dan hadiah)
7. Tenangkan anak anda setiap kali dia memerlukannya.
8. Hargailah permainan kesayangan anak anda.
9. Berbicaralah dengan anak anda.
10. Ajaklah anak bersembahyang berjemaah dengan anda

20 kisah kalsium


pix
Kalsium merupakan nutrien penting untuk pembentukan tulang, pembinaan sel-sel dan perjalanan sistem tubuh manusia. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, teruskan bersama 20 cerita menarik tentang kalsium ini.
  1. Kalsium merupakan mineral penting dalam tubuh dan hampir semua kalsium (99%) terdapat pada tulang. Bahagian badan lain seperti gigi, plasma darah, cecair selular dan tisu lembut turut mengandungi kalsium.
  2. Kalsium perlu untuk proses pembekuan darah, penghantaran tindak balas saraf, membekalkan tenaga untuk jantung dan untuk kontraksi otot.
  3. Keperluan kalsium tinggi semasa di peringkat baligh dan remaja seseorang.
  4. Pengambilan kalsium yang tidak mencukupi, penyerapan kalsium yang rendah dan kehilangan kalsium boleh mengurangkan pemendapan mineral pada tulang seterusnya menyebabkan kekurangan jisim tulang.
  5. Bagi kanak-kanak, keperluan kalsium sangat penting untuk pembentukan dan menguatkan gigi serta kuku.
  6. Pengambilan kalsium yang mencukupi juga perlu untuk membina asas tulang yang kuat dan mengurangkan risiko osteoporosis di kemudian hari kelak.
  7. Kanak-kanak berusia di antara satu hingga tiga tahun disarankan agar mengambil lebih kurang 500mg kalsium setiap hari. Manakala, bagi kanak-kanak berusia empat hingga lapan tahun, mereka memerlukan kira-kira 800gm kalsium sehari.
  8. Oleh kerana susu kaya dengan kalsium, kanak-kanak perlu minum susu secukupnya setiap hari agar dapat memenuhi keperluan kalsium hariannya.
  9. Pengambilan kalsium terbaik ialah dengan minum susu. Keadaan semula jadinya dalam bentuk cecair memudahkannya diserap oleh tubuh.
  10. Segelas susu boleh memberikan anak anda kira-kira 250mg hingga 500mg kalsium. Jadi, pastikan anak anda minum dua gelas susu sehari untuk memberikan mereka kalsium yang mencukupi setiap hari.
  11. Bagi kanak-kanak yang tidak gemar minum susu, ibu bapa perlulah mencari alternatif lain yang dapat membekalkan kalsium pada anak.
  12. Makanan yang kaya dengan kalsium selain susu ialah keju, yogurt, tauhu, brokoli, roti gandum penuh dan susu soya.
  13. Kini, ada banyak makanan seperti bijirin sarapan pagi dan biskut telah diperkaya dengan kalsium. Lihatlah label makanan tersebut untuk mengenal pasti kandungan kalsium yang ada di dalamnya.
  14. Untuk penyerapan maksimum ke dalam tulang, kalsium hendaklah diambil bersama vitamin D.
  15. Kekurangan kalsium pada kanak-kanak boleh menyebabkan penyakit ‘rickets’.
  16. Kalsium tidak digalakkan diambil bersama produk yang tinggi lemak seperti coklat kerana asid ‘oxalic’ yang ada dalam coklat akan bertindak balas dengan kalsium lalu membentuk batu karang.
  17. Tahu kah anda bahawa secawan susu kambing mengandungi 327mg kalsium.
  18. Kalsium dalam tulang tidak sentiasa kekal di dalamnya. Sel-sel tulang sentiasa melakukan proses penggantian kalsium. Kalsium dalam tulang turut diambil sekiranya badan tidak memperolehnya daripada sumber makanan.
  19. Kalsium yang dikunyah atau dicairkan akan lebih mudah diserap.
  20. Untuk kekalkan tulang dan gigi yang kuat pada anak, berikan mereka snek yang kaya dengan kalsium dan hidangkanlah makanan bersama susu.

makanan untuk otak kanak-kanak


1. Salmon
Salmon merupakan sumber asid Omega 3 yang sangat baik. Kanak-kanak yang makan salmon sekurang-kurangnya dua kali seminggu akan mempunyai minda yang tajam.
2. Telur
Sumber protein yang sangat mudah boleh didapati daripada telur. Kuning telur mengandungi cholineyang penting untuk perkembangan otak.
3. Mentega kacang
Kacang dan mentega kacang kaya dengan vitamin E iaitu antioksida yang mengawal membran saraf.
4. Bijirin penuh
Otak memerlukan tahap gula secukupnya untuk membekalkan tenaga sepanjang hari. Pengambilan bijirin pada waktu pagi mampu memenuhi keperluan tersebut 
5. Oat
Oat merupakan bijirin untuk otak. Kanak-kanak yang mengambil bijirin ketika bersarapan akan mendapat tenaga pertama untuk otaknya daripada oat. Oat yang kaya dengan serat juga menyediakan tenaga sepanjang pagi untuk anak.
6. Buah beri
Buah-buah beri seperti strawberi, blueberries, ceri mengandungi antioksida yang sangat berkuasa. Vitamin C yang terkandung di dalamnya dikatakan mampu mengelakkan serangan penyakit kanser. Kanak-kanak yang mengambil buah beri secara konsisten akan dapat memperbaiki daya ingatannya.
7. Kekacang
Kekacang merupakan makanan otak yang utama untuk mengekalkan tahap tenaga pemikiran manusia.
8. Sayur-sayuran berwarna-warni
Warna terang pada sayur-sayuran segar sangat baik kerana warna tersebut menandakan kehadiran antioksida padanya selain daripada vitamin dan mineral yang penting. Antioksida mengekalkan sel otak yang kuat.
9. Susu dan yogurt
Protein dan vitamin B yang ada dalam produk tenusu penting untuk pertumbuhan tisu otak, enzim danneurotransmitters. Susu dan yogurt juga kaya dengan protein dan karbohidrat yang merupakan sumber tenaga untuk otak.
10. Daging tanpa lemak
Daging tanpa lemak merupakan antara sumber makanan yang kaya dengan zat besi. Zat besi merupakan mineral yang penting untuk tumbesaran kanak-kanak dan membantu mereka menumpukan perhatian terhadap pelajaran di sekolah. Daging lembu juga mengandungi zink yang bagus untuk memori.
  

FUNGSI SEBATANG GINCU

Bagi memenuhi gaya hidup wanita yang kian mencabar, terutama wanita yang bergelar isteri dan ibu, sesetengah gincu kini dilengkapi dengan pelbagai vitamin khas untuk memenuhi keperluan gaya hidup wanita moden. Berikut disenaraikan beberapa keistimewaan yang ada pada gincu secara umum.


FUNGSI SEBATANG GINCU


Tahan Lebih Lama
Jenis ini mengandungi ceramides, phospholipids dan cyclodextrins yang membantu gincu bibir tahan lebih lama. Ia sesuai untuk wanita yang bekerja dalam keadaan lasak serta tidak mempunyai masa untuk menyapu semula gincu. Antara jenama yang bersifat tahan lama ialah Lancome Rough Sensation, Givenchy Rough Couture dan Revlon Colourstay Lipcolor.


Vitamin
Jenis ini bertindak sebagai bahan perawat dan istimewanya anda tidak memerlukan waktu-waktu lain untuk merawat bibir. Hanya dengan menyapukan gincu anda akan kelihatan lebih berseri. Pada waktu yang sama bibir anda akan mendapat khasiat vitamin yang diperlukan oleh kulit! Kebiasaannya, vitamin E digunakan untuk menjadikan kulit bibir sentiasa lembap dan juga diyakini dapat membantu melambatkan proses penuaan.

Antara vitamin lain yang digunakan secara meluas di dalam gincu ialah vitamin A dan C. Vitamin A dipercayai dapat membantu merangsang pembentukan semula sel-sel. Manakala vitamin C pula membantu merangsang kesihatan kulit bibir seterusnya menjadikannya ia lebih
lembut. Selain itu, protein turut digunakan agar kulit bibir sentiasa sihat dan segar.


Perlindungan UV
Jenis ini membantu memberikan perlindungan daripada sinaran UV yang berlebihan terhadap warna bibir. Kini terdapat pelbagai  jenama gincu yang bersifat perlindungan seperti ini. Bibir akan kekal lembap seterusnya bebas daripada masalah dehidrasi serta lebam kehitaman. Ternyata ia bukan hanya untuk kelihatan cantik malah membantu merawat bibir secara keseluruhan.


Pelembap
Memudahkan sapuan dan menyihatkan bahagian epidermis bibir. Sesetengah jenama gincu ada yang menggunakan lecithin kacang soya yang bukan sahaja bersifat pelincir malah berkhasiat untuk menjadikan kulit bibir sentiasa kelihatan lembap. Kebanyakan jenama juga menghasilkan gincu yang berpelembap kecuali jenis pusam (matte) atau kering yang sememangnya bersifat nyah pelembap. Wanita yang menjangkau usia 25 tahun ke atas, anda dinasihatkan supaya menggunakan sedikit warna pada bibir untuk kelihatan lebih berseri.


Berkilat
Kata kunci iaitu ‘kilat’ sebagai penggerak ilham dunia fesyen masa kini, solekan juga terpicu ke arah yang sama di mana bibir lebih berkilat dan berwarna cerah. Kini terdapat pelbagai jenama gincu di pasaran yang menawarkan berbagai pilihan warna yang hangat dan mempesonakan yang merupakan satu gelombang baru dalam dunia kecantikan.


Bertahan
Gunakan kertas tisu untuk menekap bibir setelah memakai gincu. Cara ini menjadikan sapuan lebih asli dan tahan lebih lama. Untuk warna lebih terang, sapukan selapis lagi dan ketap bibir atas dan bawah di antara sehelai tisu.


Rahsia jurusolek
Kebanyakan jurusolek mempunyai cara tersendiri bagi mengekalkan gincu agar tampak lebih segar dan berseri. Salah satunya ialah melukis bibir sepenuhnya menggunakan lip liner terlebih dahulu untuk melembapkan bibir agar tidak kering. Setelah itu, bedak serbuk lut
sinar disapu tipis, kemudian barulah gincu atau pengilat bibir (jika suka untuk kelihatan lebih natural) disapu.

Langkah Rias Mata Lesu


Tidak dinafikan bahawa keletihan akan terpancar pada wajah terutamanya di bahagian mata. Oleh itu, bagaimana untuk mengembalikan kesegaran mata dengan solekan? Ikuti tujuh langkah mudah untuk merias mata jika anda harus menghadiri majlis-majlis tertentu bersama suami. Langkah ini hanya mengambil masa anda selama 10 minit sahaja.
 
  1. Letakkan tiga titik concealer di sekitar bahagian mata terutama bagi anda yang mempunyai masalah seperti lingkaran hitam di bawah mata. Seterusnya ratakan dengan menggunakan jari, span atau berus sehingga warnanya senada dengan kulit di sekitar mata.
  2. Sapu pembayang mata asas berwarna beige atau krim di bahagian kelopak mata serta di sekitarnya supaya pembayang mata tersebut dapat melekat sempurna seterusnya tahan lebih lama.
  3. Seterusnya, aplikasikan pula pembayang mata. Anda digalakkan memilih pembayang mata tiga warna dalam satu palet. Ketiga-tiga warna ini boleh digunakan sebagai warna medium di kelopak mata, warna gelap untuk bahagian kelopak mata serta sekitarnya manakala warna cerah untuk bahagian tulang alis iaitu sebagai highlighter. Campurkan warna-warna tersebut dengan baik agar kelihatan lebih semula jadi.
  4. Cerahkan bahagian mata dengan highlighter daripada warna keemasan atau pink. Ratakan warna tersebut dengan menggunakan jari. Langkah ini akan membantu anda tampil dengan mata yang lebih menyerlah dan menawan.
  5. Letakkan highlighter yang sama seperti tadi di bahagian tengah sehinggalah ke hujung alis mata anda. Kemudian ratakan dengan menggunakan jari.
  6. Panaskan pengepit bulu mata anda dengan pengering rambut selama beberapa saat. Biarkan seketika untuk mengurangkan kepanasannya kemudian barulah anda boleh mengepit bulu mata.
  7. Celupkan berus pembayang mata ke dalam air lalu bawa ke palet pembayang mata berwarna gelap. Gariskan bahagian yang terdekat dengan garis tumbuh bulu mata bahagian atas dengan menggunakan berus tadi bermula daripada bahagian sudut mata dalam ke luar. Ulangi pula di bahagian bawah mata tetapi mulakan daripada bahagian tengah. Ratakan sedikit dengan menggunakan jari sebagai sentuhan yang terakhir.

Rahsia Bulu Mata Yang Menakjubkan


Namun begitu, tidak semua dapat mengaplikasikan maskara dengan cara yang betul. Tahukah anda bahawa rahsia untuk mempunyai bulu mata yang cantik dan menakjubkan ialah mengaplikasikannya dengan betul. Berikut adalah tipsnya.1. The last thing on make up. Perlu anda ketahui bahawa dalam solekan, maskara ialah aplikasi yang terakhir. Oleh itu, sempurnakan solekan terlebih dahulu bermula dari pelembap, bedak, pembayang mata, eyeliner dan pemerah pipi. Akhir sekali barulah anda melengkapkan solekan dengan sapuan maskara. Pilihan warna maskara mengikut kreativiti anda.
2. Tarik bahagian maskara yang mempunyai berus dengan satu gerakan halus. Jangan digoncang kerana perbuatan tersebut boleh menyebabkan jangkitan bakteria. Selain itu, ia boleh mengakibatkan maskara terlalu memenuhi bahagian berus sehingga terjadinya gumpalan.
 
3. Mulakan daripada bahagian bulu mata di bahagian atas. Aplikasikan mulai dari dalam ke atas, dari akar ke hujung luar bulu mata. Lakukan secara perlahan-lahan agar tidak mencederakan mata.
 
4. Tunggu sekurang-kurangnya 30 saat supaya maskara tersebut mengering dan sekiranya anda ingin mengaplikasikannya dua kali.
 
5. Sekiranya terdapat bulu mata yang menempel, gunakanlah berus bulu mata yang bersih untuk menyisir bulu mata anda. Seterusnya, gunakan tisu untuk menghilangkan lebihan maskara dan tidak mengotori bahagian sekitar mata anda.
 
6. Sebelum anda mengaplikasikan maskara pada bulu mata di bahagian bawah mata, bersihkan dahulu berus maskara dengan tisu untuk menghilangkan sisa-sisa maskara yang berlebihan. Bulu mata di bahagian bawah tidak sebanyak bahagian atas dan hanya memerlukan sedikit maskara.
 
7. Aplikasikan berus maskara dengan cara menegakkan hujung berus ke bawah, kemudian aplikasikan dengan cara gerakan menurun. 
 
CARA MEMBERSIHKAN MASKARA
Sekiranya anda telah mengetahui dan memahami cara menyapu maskara, tentunya anda juga harus tahu bagaimana untuk membersihkannya. Namun, anda harus ingat. Lakukan secara perlahan-lahan dan cermat untuk melindungi mata anda.
 
· Gunakan pembersih khusus untuk maskara yang boleh didapati di kedai-kedai kosmetik. Basahi kapas dengan make up remover.
· Letakkan di atas mata yang tertutup dan tekan-tekan secara lembut tepat di bahagian bulu mata. Lakukan langkah yang sama di mata yang sebelah lagi.
· Pastikan make up remover yang digunakan mempunyai kualiti dan mampu menghilangkan sisa-sisa maskara tanpa perlu membuatkan bulu mata gugur.
· Jangan oles sisa-sisa maskara pada berus di tepian tube maskara anda. Perbuatan ini akan menyebabkan banyak gumpalan maskara kering akan terkumpul di situ. Sekiranya anda ingin menghilangkan lebihan maskara di hujung berus, gunakanlah tisu.
 
APA YANG ANDA PERLU TAHU...
· Jangan pam maskara berulang kali kerana dikhuatiri akan masuk angin. Maskara juga akan mudah mengeras.
· Sekiranya maskara menjadi keras, anda boleh menggunakan sedikit losen untuk mengembalikan kelembapan maskara tersebut.

cara buat tahu bakar


TAUHU BAKAR
BAHAN TAUHU:
2 keping tauhu pop
30 gram tauge
30 gram hirisan timun
Sedikit kacang tumbuk
1 senduk kuah rojak
BAHAN KUAH ROJAK:
3 senduk cili giling
1 sudu bawang putih dikisar
1/2 senduk gula
1 1/2 botol petis udang
500 gram kacang tumbuk
200 ml air panas
CARA MEMBUAT:
1. Belah dua tauhu pop dan keluarkan isinya.
2. Panaskan kuali dan letak sedikit minyak.
3. Goreng tauhu pop sehingga garing.
4. Letakkan tauge dan timun ke dalam tauhu pop yang telah digoreng.
5. Untuk kuah rojak, masukkan kesemua bahan-bahan rojak ke dalam bekas dan gaul sebati.
6. Masukkan air panas dan kacau lagi.
7. Tambahkan gula atau kacang jika perlu.
8. Tuang sedikit kuah rojak di atas tauhu pop tadi.
9. Sedia dihidangkan dengan taburan kacang tumbuk.

Sunday, 20 January 2013

Atasi Hitam di Bawah Lipatan


hitam di bawah lipatan
Kamu pasti setuju, kebanyakan gadis apabila bercakap tentang cantik perkara yang akan selalu diambil perhatian ialah wajah, kulit dan semua aset luaran semata-mata. Namun jangan dilupakan pada bahagian lipatan misalnya daerah sekitar kelamin, celah kelangkang dan paha atas. Cuba kamu lihat bahagian-bahagian ini pada diri kamu. Apa masalahnya? Hitam, berdaki dan sangat mencacatkan penampilan bukan? Jadi pastikan mulai dari hari ini kamu turut memberi perhatian pada bahagian-bahagian ini agar kecantikan yang kamu miliki keseluruhannya sempurna. 

Kapur Sirih & Limau Nipis
Campurkan kapur sirih dan perahan air limau nipis sampai sebati. Kemudian sapukan secara rata pada bahagian lipatan kamu yang berwarna hitam. Lakukan cara ini beberapa kali hingga menunjukkan hasil yang memuaskan.

Tabiat Buruk Merosakkan Kecantikan


1. Tidur tidak tentu masa
Paling penting kamu harus memastikan masa tidur kamu teratur kerana tidur yang tidak cukup dan tidak teratur akan memberi kesan pada bawah mata. Secara tidak langsung membuatkan kulit kamu tidak bermaya dan kusam.

2. Kotoran pada telefon bimbit
Tanpa kamu sedari telefon bimbit yang ada kalanya dibawa ke tandas, diletakkan di atas meja yang kotor dan di dalam beg yang penuh dengan habuk boleh menyebabkan jerawat pada muka apabila pipi bersentuhan dengan telefon tersebut. Jadi pastikan kamu membersihkan terlebih dahulu telefon sebelum menggunakannya.

3. Pengambilan makanan yang tidak seimbang
Pantang apa sahaja yang ada di hadapan mata semuanya kamu makan. Sedangkan kamu sudah tahu makanan berminyak dan kolesterol tinggi adalah tidak baik. Ia boleh mengakibatkan muka berjerawat dan timbul masalah lain. Jadi sebaiknya cubalah kamu mengawal pemakanan kerana ia sangat penting bukan sahaja untuk cantik malah kamu akan kekal sihat dan cergas.

4. Kerap mengerutkan mata
Ada di antara kamu yang suka mengerutkan wajah terutamanya apabila ingin melihat objek yang jauh dari mata. Perlu diingatkan, tabiat mengerutkan muka dan mengecilkan mata ini boleh menyebabkan kulit kamu cepat berkerut dan kelihatan tua.

5. Malas menggantikan sarung bantal
Ketika tidur, sel-sel kulit mati pada wajah kamu akan melekat pada sarung bantal. Lama-kelamaan ia akan menebal dan menimbulkan bakteria. Sekiranya kamu malas menggantikan sarung bantal, ini bermakna kamu akan tidur di atas timbunan bakteria.

6. Menjadikan diri sebagai bahan eksperimen
Dari satu produk ke satu produk kamu telah gunakan. Malah kamu menjadikan diri sebagai bahan eksperimen sehingga boleh memberikan kesan yang sangat buruk kepada kulit. Jangan mudah terpengaruh dengan cadangan temanteman ataupun iklan iklan. Lain orang lain kesan penggunaannya.

Tip Wajah Berseri

Hindari wajah kusam dan tidak bermaya. Ayuh cuba lima tip mudah yang ingin di kongsikan ini.

1.Mata Segar
Mata yang layu turut memberikan kesan kepada wajahmu. Kamu boleh menyegarkan matamu dengan menyimpan sudu besi di dalam peti sejuk semalaman. Apabila bangun pagi, lekapkan sudu yang telah disejukkan itu ke bahagian atas kelopak dan bawah mata. Ini dapat membuatkan matamu terasa dingin dan segar.

2.Skrub Wajah
Skrub wajahmu untuk menyingkirkan sel-sel kulit mati yang membuatkan wajahmu kusam dah tidak bermaya.

3.Masker Wajah
Apa kata kamu cuba membuat masker buatan sendiri yang dapat menyegarkan wajahmu di pagi hari. Caranya kisarkan timun bersama dua sudu besar yogurt asli dan satu sudu susu segar. Setelah itu, sapukan ke wajah dan leher. Biarkan ia kering selama 10-15 minit. Kemudian bilas dengan air bersih. Wajah kamu akan terasa lebih lembut dan segar selepas menggunakannya.

4.Haruman
Wangikan tubuhmu dengan wangian badan yang dapat merangsang mood kamu. Secara tidak langsung, mood yang baik dapat membuatkan kamu gembira, bertenaga dan membuatkan wajahmu berseri-seri.

5.Kuasa Mekap
Gunakan kuasa mekap yang dapat memberikan warna kepada wajahmu! Oleskan penggaris mata, pemerah pipi dan gincu di bibir. Pasti dapat menyembunyikan wajah kusam dan menjadikan wajahmu tampak berseri-seri!

Tip Kecilkan Pori Wajah


Berikut adalah tip untuk mengecilkan pori-pori wajah secara efektif:

1. Cari penyebab utama ukuran pori-pori semakin membesar. Genetik memainkan peranan yang cukup besar dalam menentukan ukuran pori-pori. Bukan itu sahaja, minyak pada kulit secara natural juga antara yang menentukan ukuran pori-pori. Tubuh menghasilkan sebum (minyak kulit) secara semula jadi untuk mencegah kulit daripada kekeringan.

Jika kamu memiliki kulit yang sangat berminyak, kotoran akan mudah menempel dan mengendap dalam pori-pori sehingga membuatkan pori-pori semakin membengkak dan meregang. Setelah tahu puncanya, lebih mudah untuk kamu mencari penawarnya.

2. Gunakan topical retinoid solution untuk merawat kulit wajah. Ia akan membantu melarutkan bakteria pada kulit dan meminimumkan kerosakan akibat jerawat dan matahari.

3. Jaga pori-pori agar sentiasa bersih. Gunakan pembersih kulit wajah setiap hari dan setiap kali setelah melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh. Gunakan juga produk pengelupasan seminggu sekali untuk menghilangkan lapisan kulit mati. Produk pengelupasan harus digunakan sesekali sahaja kerana ia boleh menyebabkan kulit kering sehingga mengeluarkan lebih banyak minyak.

4. Gunakan pelembap wajah yang tidak menyumbatkan pori-pori. Hindari pelembap yang mengandungi minyak dan mulailah menggunakan pelembap non-comedogenic.

tips Makanan Agar Kulit Mulus

Berikut adalah 10 makanan yang boleh membantu kamu mendapatkan kulit sihat dan mulus seperti yang diimpikan.

1. Salad

Enam helai daun salad mengandungi 100 peratus keperluan Vitamin A harian kamu. Vitamin ini berfungsi meremajakan kulit dengan cara meningkatkan pergantian sel. Selain itu, kandungan kalium dalam salad juga menambah zat kulit dan meningkatkan penyerapan oksigen dengan cara memperbaiki aliran darah.

2. Tomato

Kajian menunjukkan peserta yang makan lima sudu pasta tomato kaya lycopene setiap hari selama tiga bulan memiliki perlindungan 25 peratus  lebih banyak terhadap pancaran sinar matahari. Selain itu, makanan ini juga menjadikan kulit mempunyai lebih banyak kolagen untuk mencegah kulit daripada kendur.

3. Strawberi

Secawan strawberi menyediakan 130 peratus Vitamin C iaitu zat yang kuat untuk meningkatkan pengeluaran serat kolagen. Fungsi kolagen adalah untuk membantu kulit tetap tegang dan lembut. Semakin banyak Vitamin C bererti semakin sedikit garis-garis yang muncul di kulit. Gadis dengan pengambilan Vitamin C yang rendah cenderung untuk memiliki kulit kering dan berkerut.

4. Epal

Quercetin, antioksida yang banyak terkandung dalam kulit epal berupaya melindungi kulit daripada pancaran sinar UVB yang boleh membawa kepada berlakunya kanser kulit.

5. Soya

Sebuah kajian menunjukkan, kedutan halus dan ketegangan kulit akan meningkat apabila perempuan berusia di akhir 30-an dan 40-an. Oleh itu, kamu digalakkan makan makanan yang kaya dengan isofl avon soya yang dikenali dengan aglycone seperti tempe.

6. Telur

Lutein dan zeaxanthin, dua zat yang terkandung dalam telur, berfungsi mencegah kerosakan kulit akibat sinar UV. Selain itu, makanan ini juga boleh membuatkan kulit lebih lembut, tegang dan lembap.

5 Cara ‘Curi’ Komitmen Si Dia!


Keserasian antara kamu dan si dia boleh membuatkan si dia jatuh hati kepadamu. Namun, adakah kamu mampu mencuri hatinya? Jom pelajari 5 cara bagaimana kamu boleh ‘mencuri’ komitmen si dia.

1.    Berikan perhatian kepadanya
Cuba kamu keluar dari zon selesa kamu dan berikan sedikit perhatian kepadanya. Tunjukkan kepada si dia yang kamu sentiasa peduli dan ambil berat tentang dirinya.

2.    Jaga penampilanmu
Menjaga penampilan kamu sangat penting untuk menambat hatinya. Bayangkan jika kamu di tempatnya, adakah kamu akan menerima pasangan yang selekeh? Oleh itu pikatlah hatinya dengan penampilan yang kemas dan cantik.

3.    Buat si dia terpesona dengan kepintaranmu
Tidak bermakna kamu memerlukan IQ yang tinggi untuk memikat si dia. Sebenarnya cukuplah sekadar kamu ‘memancingnya’ dengan kepakaran dan kepintaran yang ada pada diri kamu seperti membincangkan tentang sesuatu yang berkaitan dengan pendapat dan fikiran. Tunjukkan kepadanya kamu seorang gadis yang bijak dan rasional. Nah, si dia pasti terpikat dengan kepintaran kamu dalam menyuarakan sesuatu pendapat.

4.    Bermain dengan imaginasi
Bagi sesetengah pendapat, berimaginasi dalam perhubungan sangat tidak digalakkan kerana takut segala imaginasi kamu berdua seperti perkahwinan, mempunyai keluarga dan anak-anak tidak akan tercapai. Sebenarnya berimaginasi bersama boleh menyebabkan si dia jatuh hati kepadamu. Jadi, jangan takut untuk berimaginasi dengannya. Saat berimaginasi, kamu perlu berhati-hati dan jangan ‘terlebih-lebih’ pula ya!

5.    Relaks & enjoy
Lelaki memang suka berseronok dan selalu menganggap sesuatu tu sebagai fun thing. Jadi belajarlah untuk relaksdanenjoy. Jangan terlalu lurus dan serius dalam hubungan. Ada masanya kamu perlu pandai berseronok dengannya. Barulah hatinya menjadi milikmu!