Bagi memenuhi gaya hidup wanita yang kian mencabar, terutama wanita yang bergelar isteri dan ibu, sesetengah gincu kini dilengkapi dengan pelbagai vitamin khas untuk memenuhi keperluan gaya hidup wanita moden. Berikut disenaraikan beberapa keistimewaan yang ada pada gincu secara umum.
FUNGSI SEBATANG GINCU
Tahan Lebih Lama
Jenis ini mengandungi ceramides, phospholipids dan cyclodextrins yang membantu gincu bibir tahan lebih lama. Ia sesuai untuk wanita yang bekerja dalam keadaan lasak serta tidak mempunyai masa untuk menyapu semula gincu. Antara jenama yang bersifat tahan lama ialah Lancome Rough Sensation, Givenchy Rough Couture dan Revlon Colourstay Lipcolor.
Vitamin
Jenis ini bertindak sebagai bahan perawat dan istimewanya anda tidak memerlukan waktu-waktu lain untuk merawat bibir. Hanya dengan menyapukan gincu anda akan kelihatan lebih berseri. Pada waktu yang sama bibir anda akan mendapat khasiat vitamin yang diperlukan oleh kulit! Kebiasaannya, vitamin E digunakan untuk menjadikan kulit bibir sentiasa lembap dan juga diyakini dapat membantu melambatkan proses penuaan.
Antara vitamin lain yang digunakan secara meluas di dalam gincu ialah vitamin A dan C. Vitamin A dipercayai dapat membantu merangsang pembentukan semula sel-sel. Manakala vitamin C pula membantu merangsang kesihatan kulit bibir seterusnya menjadikannya ia lebih
lembut. Selain itu, protein turut digunakan agar kulit bibir sentiasa sihat dan segar.
Perlindungan UV
Jenis ini membantu memberikan perlindungan daripada sinaran UV yang berlebihan terhadap warna bibir. Kini terdapat pelbagai jenama gincu yang bersifat perlindungan seperti ini. Bibir akan kekal lembap seterusnya bebas daripada masalah dehidrasi serta lebam kehitaman. Ternyata ia bukan hanya untuk kelihatan cantik malah membantu merawat bibir secara keseluruhan.
Pelembap
Memudahkan sapuan dan menyihatkan bahagian epidermis bibir. Sesetengah jenama gincu ada yang menggunakan lecithin kacang soya yang bukan sahaja bersifat pelincir malah berkhasiat untuk menjadikan kulit bibir sentiasa kelihatan lembap. Kebanyakan jenama juga menghasilkan gincu yang berpelembap kecuali jenis pusam (matte) atau kering yang sememangnya bersifat nyah pelembap. Wanita yang menjangkau usia 25 tahun ke atas, anda dinasihatkan supaya menggunakan sedikit warna pada bibir untuk kelihatan lebih berseri.
Berkilat
Kata kunci iaitu ‘kilat’ sebagai penggerak ilham dunia fesyen masa kini, solekan juga terpicu ke arah yang sama di mana bibir lebih berkilat dan berwarna cerah. Kini terdapat pelbagai jenama gincu di pasaran yang menawarkan berbagai pilihan warna yang hangat dan mempesonakan yang merupakan satu gelombang baru dalam dunia kecantikan.
Bertahan
Gunakan kertas tisu untuk menekap bibir setelah memakai gincu. Cara ini menjadikan sapuan lebih asli dan tahan lebih lama. Untuk warna lebih terang, sapukan selapis lagi dan ketap bibir atas dan bawah di antara sehelai tisu.
Rahsia jurusolek
Kebanyakan jurusolek mempunyai cara tersendiri bagi mengekalkan gincu agar tampak lebih segar dan berseri. Salah satunya ialah melukis bibir sepenuhnya menggunakan lip liner terlebih dahulu untuk melembapkan bibir agar tidak kering. Setelah itu, bedak serbuk lut
sinar disapu tipis, kemudian barulah gincu atau pengilat bibir (jika suka untuk kelihatan lebih natural) disapu.
No comments:
Post a Comment