Untuk kolum idea hujung minggu kali ini, kamu berpeluang melihat dengan lebih dekat aktiviti membuat cupcakes yang kian mendapat tempat di hati oleh penggemar-penggemar kek masa kini . Sebenarnya tidaklah susah untuk membuatnya , hanya memerlukan beberapa bahan asas dan kreativiti dalam menghias cupcakes tersebut . Jom kita tengok betapa mudahnya membuat cupcakes yang cute ini okay !
Bahan-bahan
2/3 CAWAN GULA
½ SUDU TEH BAKING POWDER
½ SUDU TEH BAKING SODA
1 BIJI TELUR
1 SUDU TEH VANILA
1/3 CAWAN YOGHURT TANPA PERISA.
1/3 CAWAN SUSU SEGAR.
1 1/3 CAWAN TEPUNG GANDUM
½ SUDU TEH BAKING POWDER
½ SUDU TEH BAKING SODA
1 BIJI TELUR
1 SUDU TEH VANILA
1/3 CAWAN YOGHURT TANPA PERISA.
1/3 CAWAN SUSU SEGAR.
1 1/3 CAWAN TEPUNG GANDUM
Cara-cara membuat Cupcakes... Selamat mencuba!
1. Panaskan Ketuhar 360’F (176’C). Masukkan 12 keping alas cupcake dalam Loyang. Sementara di dalam magkuk sederhana besar, pukul mentega dan gula sehingga rata.
2. Masukkan baking powder dan baking soda ke dalam adunan dan pukul sehingga berwarna pucat (selama 1 minit) Masukkan telur dan esen vanila dan pukul sehingga kembang.
3. Campurkan vanilla, yoghurt dan susu dalam mangkuk yang lain. Dengan menggunakan mixer pada kelajuan yang rendah, pukul yoghurt dan susu bersama adunan mentega tadi. Adunan menjadi seakan dadih. Campurkan pula tepung sehingga adunan rata. Masukkan ke dalam bekas cupcakes. Masak 15-20 minit atau bila atas kek berwarna perang keemasan atau bila pencungkil gigi yang dicucuk pada tengah kek keluar dengan bersih.
No comments:
Post a Comment