mummy mest suka bila shopping barang baby..apatah lagi bayi yang di lahirkan adalah "anugerah" yang dinanti..
saya nak share persiapan untuk baby..
PAKAIAN
lebih baik menyediakan saiz pakaian saiz 6 bulan keatas kerana bayi cepat membesar..rugi kalau baju yang dibeli pakai hanya sekejap sahaja..sayangkan
Pakaian asas ialah:
- Baju lengan pendek
- Baju lengan panjang
- Seluar pendek
- Seluar panjang
- Barut
- Sarung kaki
- Sarung tangan
- Kain bedung
- Topi
LAMPIN
dari segi lampin ada dua jenis iaitu lampin pakai buang @ lampin moden.
1) lampin moden : Bagi kebanyakan ibu bapa baru yang mula peka terhadap saranan penjagaan alam sekitar, boleh memilih lampin kain moden. Lampin kain moden ini juga dikatakan lebih selamat untuk kulit bayi yang sememangnya sensitif. Pada masa yang sama, lampin kain moden ini lebih menjimatkan kerana boleh dipakai selama tiga tahun. Untuk permulaan, seseorang bayi itu memerlukan 6 hingga 7 helai lampin kain moden.
2) lampin pakai buang : mummy hanya perlu membeli 1 pek lampin bersaiz kecil iaitu untuk bayi baru lahir. Tetapi, perlu juga menyediakan lampin pakai buang bersaiz ‘S’ sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya bayi yang lahir itu besar.
- Lampin pakaian buang atau lampin kain moden
- Pelapik lampin (jika anda menggunakan lampin kain moden)
- Tisu basah
- Alas atau pelapik untuk menukar lampin
- Beg lampin (digunakan untuk mengisi lampin ketika keluar dari rumah)
SET MANDIAN
- Besen mandi bayi
- Tuala mandi
- Tuala muka
- Cecair mandian
- Syampu
SET PENJAGAAN BAYI
- Losen bayi
- Minyak bayi
- Bedak bayi
- Sikat atau berus rambut
- Minyak telon
- Alat pemotong kuku
- Kapas muka
- Krim ruam lampin
- Termometer digital
TIDUR
- Tilam
- Bantal kepala
- Bantal peluk
- Cadar
- Selimut
PENYUSUAN
1) Penyusuan susu ibu:
- Pam payu dara (manual / bateri / elektrik)
- Bekas penyimpanan susu ibu
- Beg pendingin
- Nursing cover
2) Penyusuan susu formula:
- Botol susu bebas BPA
- Puting botol susu
- Berus botol
- Bekas untuk menyimpan susu formula
- Bekas menyimpan air panas
- Bekas menyimpan air kosong
- Alat steril botol susu
No comments:
Post a Comment