Monday, 23 December 2013

hasil kerja haziq di sekolah (3 tahun)

alhamdulilla..
tamat sudah sesi pra sekolah bagi haziq tahun 2013.
seawal usia 3 tahun..
haziq mampu lakukan tugas dengan baik.
selepas perbincangan dgn teacher, hasil kerja haziq agak memuaskan.
bagi saya amat membanggakan.
banyak perbezaan pd diri haziq.
paling ketara adalah displin.

antara hasil kerja haziq:-



1) aktiviti : chinese girl..


2)14/2/2013 memotong gambar pada surat khabar.
okey lar tu..boleh mengunakan gunting dgn baik

3) 26/2/2013 hasil drpd batang pisang yg telah di potong

4) 25/2/2013 aktiviti : segi tiga

5) 11/3/2013 tak tahu apa haziq lukis.gambaran dari fikiran

6) 14/3/2013 aktiviti mewarna dalam segi tiga..pandai campur warna


7) 2/4/2013 aktiviti mengoyak & menampal pada kertas.

8) 4/4/2013 aktiviti :  mewarna gambar epal.(mood tak baik)

9) 9/4/2013 aktiviti: melukis anak ayam dengan mengunakan ibu jari,

10) 11/4/2013 aktiviti : membuat rumah dengan menggunakan kaedah gunting & tampal.haziq cakap rumah dia

11) 15/4/2013 aktiviti : lukis bentuk cth : segi empat,segitiga..masih belum boleh fokus


12)18/4/2013 aktiviti mengunakan span

13) 7/5/2013 aktiviti : mewarna mengunakan span


14) 6/6/2013 aktiviti : kotaj bunga


15) 7/6/2013 aktiviti : mewarna pokok.macam cantik jer?

16)  18/6/2013 aktiviti : melukis kacang hijau..dr mana bentuk kacang hijau ni.

17) 24/6/2013 aktiviti : aktiviti melukis kobis unggu

18) 11/7/2013 aktiviti : aktiviti mewarna lembu

19) 23/7/2013 aktiviti : mengunting menggikut bentuk 

20) 19/8/2013 aktiviti : mencipta bendera malaysia semperna bulan kemerdekaan

21) 28/8/2013 aktiviti : mewarna 


22) 30/8/2013 aktiviti : mewarna 


23) 2/9/2013 aktiviti : lukis basikal

24) 3/9/2013 aktiviti : mewarna motosikal..(mood tengah baik utk mewarna)


25) 13/9/2013 aktiviti : bas sekolah


26) 20/9/2013 aktiviti : kapal layar


27) 24/9/2013 aktiviti : mencipta roket menggunakan bentuk


28) 1/10/2013 aktiviti : sun

29) aktiviti : mengunting bulan & bintang

30) 7/10/2013 aktiviti : rainy day..tengok hujan itu

lain-lain






walaupun haziq susah dalam membuat penumpuan waktu aktiviti tapi semua ni cukup untuk haziq melakukan lebih baik lagi.
terima kasih pada teacher yang banyak sokong haziq.
terima kasih pada hasil kerja haziq yang sangat mencuit hati.

i love u haziq




Monday, 21 October 2013

jom langingkan badan

dalam sibuk membaca..
ternampak petua ini..
rasenaya nak cuba lar..yang penting badan sihat

bahan-bahan

1) 2 biji lobak merah
2) timun
3) limau nipis

kisarlan bahan-bahan diatas & minum..amalkan dua hari sekali..setiap pagi dan malam

SELAMAT MENCUBA


urat timbul di kaki

bu-ibu hamil sering mengalami masalah urat timbul di kaki dan ia berlarutan hingga bersalin.
 Ada petua tradisional yang boleh diamalkan untuk mengatasi masalah ini.
1.      Ketika tidur anda mesti meletakkan kaki lebih tinggi dari kepala atau ambil sebesen air suam, rendamkan kaki selama 15 hingga 20 minit setiap hari. Lakukan hingga anda memperolehi hasil yang memuaskan. Anda juga boleh mengurutnya perlahan-lahan dengan menggunakan minyak urut.
2.      Ambillah segenggam kacang hijau, rebus dengan air bersih tanpa dicampur dengan bahan lain. Rebus sampai mendidih. Sebelum kacang hijau itu pecah-pecah kulitnya, dan air rebusan tinggal segelas, angkatlah dari api. Minumlah air rebusan kacang itu bersama kacangnya setiap pagi dan malam sebelum tidur. Menjelang tidur, angkatlah kaki anda ke atas setinggi mungkin dengan bantuan alat selama lebih kurang 10 minit. Lakukan setiap malam menjelang tidur. Inshaa Allah, urta betis anda kembali semula seperti normal.

PETUA : hilangkan rase sakit tekak

suara oh suara..
peitkan rasa bila sakit tiada suara..
Nak bercakap pun rasa hilang mood, hendak makan selera pun tiada. Selain ambil ubat-ubatan doktor apa kata cuba petua tradisional. Mana tahu dengan kuasa Allah SWT, hilang sakit tekak.

Ambil beberapa keping asam gelugur, kemudian bakar hingga hangus. Selepas itu, tumbuk dan gaulkan dengan sedikit air sirih. Kemudian sapukan pada bahagian tekak yang sakit. Insha Allah sakit tekak anda akan cepat sembuh. 

jika ada tips yang lain boleh share pada saya

PETUA : elakkan perut buncit

hahaha perut buncit? amat kelakar bg sesetengah individu.
tapi ada juga yg suka (sexy)..lain orang lain pendapat..
perut buncit tak semestinya di tujukan pada kaum wanita.kaum lelaki juga ada mengalami perut buncit.

tips:
* Elakkan minum air sambil makan makanan berat seperti nasi, mee dan steak. Minum air setelah selesai makan. Seelok-eloknya minum air setengah jam atau tiga jam kemudiannya.
* Minum air kosong (bukan air berperisa) sekurang-kurangnya dua liter sehari. Lebih banyak lebih bagus.

rajin-rajinkan diri melakukan senaman yang ringkas..jangan sesekali memaksa badan untuk melakukan aktiviti di luar kemampuan.pengambilan makanan yang seimbang juga penting dalam memastikan badan menjadi sihat..jangan sampai tidak makan pula semata-mata mahukan bentuk badan yang ideal.

elakkan ketika hamil

ada individu tahu dan ada individu tidak tahu ttg perkara yg perlu kita elak ketika hamil niey..
walaupun serba moden..
pantang larang harus di jaga sebab untuk diri sendiri dan juga anak yang bakal lahir..
ketika hamil ada banyak perkara yang bakal mummy perlu lupakan seketika. Semuanya demi memastikan janin yang dikandung membesar sihat dan sempurna dalam rahim ibu.

* Lipstik - Jika anda suka memakai lipstik, elakkan tabiat suka menjilat bibir. Bahan pengawet dan pewarna di dalam lipstik jika tertelan boleh membahayakan janin.

* Krim pemutih - Lupakan seketika krim pemutih. Kandungan bahan kimia dalam krim pemutih boleh menjejaskan kesihatan anda dan janin.

* Ubat jerawat - Wajah anda dipenuhi jerawat setelah hamil? Jangan risau, ia perkara biasa kerana faktor perubahan hormon ketika hamil. Lupakan seketika penggunaan ubat jerawat kerana ia mungkin membahayakan pertumbuhan janin anda. Atasi masalah jerawat setelah melahirkan bayi nanti.

* Pewarna rambut – Anda gemar  bertukar warna rambut? Oh, seeloknya berhenti melakukannya sebaik hamil, terutama pada trimester pertama kerana dikhuatiri bahan kimia dalam pewarna meresap ke dalam kulit dan menimbulkan risiko jangkitan terhadap kandungan.

* Kasut bertumit – Lupakan seketika gaya bertumit tinggi anda. Pertambahan usia kehamilan membuatkan berat badan semakin bertambah. Jadi ia mempengaruhi graviti tubuh dan mudah membuat ibu hamil hilang keseimbangan serta terjatuh.
mungkin ada banyak lagi perkara yg perlu elak ketika hamil..saring bertanya dengan orang yang lebih tua & berpengalaman..byeee

PETUA : Jarakkan Kehamilan Secara Tradisional

tak semua yang tahu..
dan byk lebih memilih untuk mengambil ubat-ubatan tapi adakah mumy2 penah ambil tahu tentang kebaikan dan keburukkan untuk menjarakkn kehamilan..
saya sendiri sudah baca setiap jenis2 pencegah kehamilan ini..
semua bergantung pada individu untuk memilah..
saya baru terbaca info ini ttg menjarakkan kehamilan secara tradisional.harap dapat membantu mummy semua..

tips:
Ambil lengkuas dan halia sebesar ibu jari, 10 biji lada hitam dan ¼ keping ragi. Kesemua bahan ini ditumbuk halus dan dicampurkan dengan segelas air mendidih, kemudian ditapis. Campurkan sedikit garam dan air limau nipis.. Minum sebulan sekali sebelum tidur. In Shaa ALLAH akan berhasil.


PETUA : hilangkan sakit gigi

sakit gigi buat kita jadi emosi..
kadang2 orang tidak salah pn kena marah..
okey saya nak share mcm ner nk kurangkan sakit gigi..

*Makan buah belimbing buluh bersama sedikit garam.

*Campurkan sedikit cuka dalam segelas air suam. Gunakan air ini untuk berkumur. Amalkan tiga kali sehari sehingga rasa sakit hilang.

*Kunyah sedikit kapur sirih pada gigi yang sakit sehingga lumat. Amalkan sehingga rasa sakit gigi hilang.

*Gigit tiga kuntum bunga cengkih pada gigi yang sakit. Jika gigi berlubang, tumbuk bunga cengkih dan isikan ke dalam lubang gigi dan tutup dengan kapas.

*Untuk gigi berlubang, ambil getah pada tampuk buah betik muda dan sapukan pada gigi yang sakit dengan putik kapas.

*Untuk gigi geraham berlubang, tumbuk seulas bawang putih hingga lumat dan masukkan sedikit cuka. Masukkan bahan tadi ke dalam lubang gigi.

SEKIAN,TERIMA KASIH.. cuba lar

persiapan menyambut bayi baru

baby..baby..baby..oh..

mummy mest suka bila shopping barang baby..apatah lagi bayi yang di lahirkan adalah "anugerah" yang dinanti..

saya nak share persiapan untuk baby..

PAKAIAN
lebih baik menyediakan saiz pakaian saiz 6 bulan keatas kerana bayi cepat membesar..rugi kalau baju yang dibeli pakai hanya sekejap sahaja..sayangkan

Pakaian asas ialah: 
  • Baju lengan pendek
  • Baju lengan panjang
  • Seluar pendek
  • Seluar panjang
  • Barut
  • Sarung kaki
  • Sarung tangan
  • Kain bedung
  • Topi   

LAMPIN
dari segi lampin ada dua jenis iaitu lampin pakai buang @ lampin moden.
1) lampin moden : Bagi kebanyakan ibu bapa baru yang mula peka terhadap saranan penjagaan alam sekitar, boleh memilih lampin kain moden. Lampin kain moden ini juga dikatakan lebih selamat untuk kulit bayi yang sememangnya sensitif.  Pada masa yang sama, lampin kain moden ini lebih menjimatkan kerana boleh dipakai selama tiga tahun. Untuk permulaan, seseorang bayi itu memerlukan 6 hingga 7 helai lampin kain moden.
2) lampin pakai buang : mummy hanya perlu membeli 1 pek lampin bersaiz kecil iaitu untuk bayi baru lahir. Tetapi, perlu juga menyediakan lampin pakai buang bersaiz ‘S’ sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya bayi yang lahir itu besar.

  • Lampin pakaian buang atau lampin kain moden
  • Pelapik lampin (jika anda menggunakan lampin kain moden)
  • Tisu basah
  • Alas atau pelapik untuk menukar lampin
  • Beg lampin (digunakan untuk mengisi lampin ketika keluar dari rumah)

SET MANDIAN
  • Besen mandi bayi
  • Tuala mandi
  • Tuala muka
  • Cecair mandian
  • Syampu
SET PENJAGAAN BAYI

  • Losen bayi
  • Minyak bayi
  • Bedak bayi
  • Sikat atau berus rambut
  • Minyak telon
  • Alat pemotong kuku
  • Kapas muka
  • Krim ruam lampin
  • Termometer digital

TIDUR
  • Tilam
  • Bantal kepala
  • Bantal peluk
  • Cadar
  • Selimut

PENYUSUAN

1) Penyusuan susu ibu:
  • Pam payu dara (manual / bateri / elektrik)
  • Bekas penyimpanan susu ibu
  • Beg pendingin
  • Nursing cover
2) Penyusuan susu formula:
  • Botol susu bebas BPA
  • Puting botol susu
  • Berus botol
  • Bekas untuk menyimpan susu formula
  • Bekas menyimpan air panas
  • Bekas menyimpan air kosong
  • Alat steril botol susu


SELAMAT MENYAMBUT BAYI BARU BAGI MUMMY..PENGALAN INI MEMANG TIDAK DAPAT DILUPAKAN















Thursday, 19 September 2013

perlu atau tidak bersenam ketika hamil?

Siapa kata ibu hamil tidak boleh melakukan aktiviti senaman. Hakikatnya ibu hamil disarankan untuk lebih aktif melakukan gerakan senaman ringan suapaya dapat mengurangkan kepenatan yang mudah dirasakan ketika mengandung.

Namun demikian seeloknya, ibu perlu mendapatkan nasihat daripada doktor sebelum memulakan sebarang aktiviti senaman. Bagi yang sudah biasa aktif sebelum hamil, mungkin tidak menjadi masalah untuk meneruskannya selepas mendapat kebenaran daripada doktor.

Tetapi bagi yang baru hendak bersenam, mulakan dengan gerakan yang ringan terlebih dahulu. Satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal Psychology and Health menyarankan ibu hamil yang belum pernah melakukan senaman agar melakukannya selama empat minggu dahulu.

Hasil penemuan mendapati ada pengurangan paras keletihan di kalangan ibu hamil. Sebenarnya paras tekanan, kecemasan dan kepenatan lebih tinggi ketika hamil  berbanding setelah melahirkan.

Anak-anak yang lahir daripada ibu yang mengalami masalah tekanan ketika hamil mempunyai paras kortisol (hormon stress) lebih tinggi ketika lahir dan semasa remaja. Ia boleh mengganggu kemampuan kognitif dan risiko gangguan perkembangan dan mental yang lebih besar.

Kepenatan sepanjang hamil juga sering dikaitkan dengan meningkatnya risiko bersalin secara pembedahan caesarean, gangguan tidur dan pengaruh negatif kepada kesihatan fizikal dan mental. Latihan rutin sepanjang mengandung diharap dapat memperbaiki kesihatan fizikal dan psikologi ibu hamil.

Dikatakan bayi yang lahir daripada ibu yang rajin berlatih aerobik sepanjang hamil akan memiliki jantung yang lebih sihat. Para pengkaji juga yakin bahawa senaman sepanjang hamil memberi manfaat kepada anak sehingga dewasa seperti menurunkan risiko penyakit jantung, strok, diabetes dan hipertensi.

Jantung merupakan otot yang akan menjadi lebih kuat jika degupannya menurun sehingga tidak perlu terlalu bekerja keras untuk mengepam darah. Justeru amalan senaman ketika hamil adalah kaedah paling awal untuk memperbaiki kesihatan kardiovaskular.

kudis OH kudis

Dari yg saya baca Kudis adalah salah satu daripada beberapa cabang penyakit kulit. Dalam istilah kedoktoran, kudis dikenali sebagai Scabies. Secara kasarnya ia terbahagi kepada 2 jenis 
iaitu Sarcoptes scabies (kudis biasa) & Norwegian Scabies (kudisan parah).

Jika anak dijangkiti kudis, jangan biarkan dia terus menggaru kulit yang dijangkiti. Ini akan memburukkan lagi keadaan. Salah satu punca kudis terjadi adalah disebabkan oleh gigitan tungau.

Lihat garis halus yang muncul pada kulit anak. Garis halus ini akan muncul sekiranya terdapat tungau melekat pada kulit. Jika anda dapati ada garisan halus tersebut, segera dapatkan rawatan daripada doktor.

Sekiranya anak anda disyaki mendapat kudis terutama kudis buta, pastikan dia tidak keuar rumah atau ke sekolah. Kudis jenis ini mudah berjangkit. Jika dibiarkan, dikhuatiri berjangkit kepada kanak-kanak lain.

Elakkan anak daripada menggaru. Kulit sangat sensitif dan mudah luka. Jika menggaru terlalu lama kemungkinan kulitnya akan melecet. Kesannya lebih memudaratkan kerana luka bekas garu lebih mudah dimasuki kuman.

Pastikan persekitaran kediaman dan tempat duduk anak berkudis bersih dan selesa. Persekitaran yang kotor mengundang banyak kuman, tungau dan segala macam jenis punca penyakit.

jom teruskan membaca kerana dengan membaca kita akan lebih berilmu

Tuesday, 17 September 2013

kebaikan & keburukkan kopi

Kopi adalah minuman kedua yang paling popular di dunia selepas teh. Bukti terawal minuman teh dalam dunia moden adalah pada abad ke 5 di Yaman. Seterusnya ia berkembang ke Mesir dan Utara Afrika. Pada abad ke 16 ia mulai  popular di sebahagian  Negara Timur Tengah, Persia dan Turki. Kemudian terus berkembang ke Itali dan negara negara eropah lain.

Banyak pakar pemakanan yang telah menjelaskan kebaikan dan keburukan meminum kopi. Semuanya bergantung kepada metabolisme individu peminum kopi tersebut. 

Kebaikan Kopi

Kebaikan Kafien dalam Kopi


Kopi selama ini dianggap sebagai minuman untuk menambah tenaga dan menyegarkan orang mengantuk. Benarkah kopi sehebat itu? Kandungan utama kopi ialah kafein, ianya berfungsi sebagai perangsang susunan saraf otak, sistem pernafasan serta sistem pembuluh darah dan jantung. Sebab itu tidak hairanlah setiap pengambilan kopi dalam jumlah wajar, tubuh kita akan menjadi segar, daya pemikiran lebih cepat dan tidak mudah mengantuk. Kandungan kafein dalam 200 gram kopi mencecah 135 mg, berbanding teh yang hanya sekitar 35 mg.

Kafein sering kali juga dijadikan salah satu bahan pelengkap pada ubat sakit kepala. Ini kerana, kafein mempunyai kemampuan menyempitkan pembuluh darah ke otak (vasokonstriksi) sehingga pelebaran pembuluh darah di daerah otak yang merupakan penyebab kepada sakit kepala.

Selain itu, kafein juga dapat mengurangkan lemak. Secara fisiologi, tubuh orang yang mengalami kegemukan kurang mampu membakar lemak ketika bersenam berbanding orang bertubuh normal. Akibatnya, tubuh akan membakar karbohidrat sebagai sumber tenaga, sehingga kadar gula darah menurun. Ini adalah penyebab mengapa orang gemuk merasa lapar kembali selepas bersenam dan akhirnya cenderung makan lebih banyak. Kafein membantu memecah lemak menjadi sumber tenaga segera. Tetapi awas! Pastikan kandungan gula didalam kopi tidak terlalu banyak.


Kebaikan Kopi bergula 


Kajian di Barcelona, Sepanyol menunjukkan bahawa secawan kopi yang bergula boleh meningkatkan prestasi otak. Saintis di Universiti Barcelona di sini mendapati pengambilan kafeina dan gula serentak dapat meningkatkan prestasi otak seperti daya ingatan. Hasil kajian itu diperoleh dari 40 sukarelawan yang diuji dengan pengambilan kopi bergula, kopi tanpa gula dan air masak. Kopi manis merupakan cara terbaik untuk otak bagi menghadapi cabaran pekerjaan. Menurut Jurnal Human Psychopharmacology, Clinical and Experimental telah menyiarkan hasil kajian saintis tersebut.


Kandungan Antioksida dalam kopi


Antioksida yang dimiliki kopi berfungsi seperti ‘tentera’ yang menjadi perisai tubuh daripada radikal bebas. Kita Mungkin sedia maklum bahawa antioksida sangat baik untuk kesihatan.

Salah satu hasil kajian yang dijalankan lima tahun lalu mendedahkan pengambilan kopimenawarkan manfaat kepada pesakit parkinson dan diabetes jenis II. Malah kajian oleh penyelidik di Sekolah Kesihatan Awam Harvard turut menyenaraikan fakta tentang kopi dapatmelindungi seseorang daripada masalah penuaan..!! Faktor tersebut didorong oleh beberapa faktor terutamanya kandungan kafein di dalam kopi, selain fungsi antioksida yang tinggi dalam bijian ini.

Selain itu, hasil kajian kerjesama dari beberapa pusat penyelidikan seperti Universiti Scranton, Universiti Athens dan Universiti Keio, Tokyo merumuskan kopi berupaya mengurangkan tekanan darah tinggi dan mengurangkan risiko kanser, sakit jantung dan strok.

Profesor kimia dari Texas, Dr. Joe Vinson pula menjelaskan,“Manusia terdedah kepada radikal bebas daripada oksigen yang kita sedut, gula dan sebagainya sehingga mengundang pelbagai penyakit kronik. “Secawan kopi setiap hari sudah cukup. Ia adalah satu jumlah yang sudah optimum untuk memberi manfaat kepada jantung,” katanya yang turut mengakui terdapat kajian yang menyatakan kopi baik untuk kesuburan lelaki, selain menggalakkan sperma berenang lebih aktif

Keburukan Kopi


Namun, katanya, dalam beberapa penelitian, kopi tidak digalakkan diambil oleh kalangan wanita mengandung dalam kuantiti yang besar“Hospital Christchurch, New Zealand, menyatakan wanita hamil yang mengambil kopi terlalu kerap melahirkan bayi yang sukar bernafas ketika dilahirkan. “Manakala, kajian dari Institut Karolinska, Sweden, menyatakan wanita yang mengambil 100 mg kafein sehari mudah berisiko mengalami keguguran,” kata Vinson.

apa itu cacar air?

Cacar air ialah penyakit yang senang dijangkiti  disebabkan satu kumpulan virus herpes. Ia menyebabkan ruam yang bersifat tersendiri dan simptom sama seperti flu ringan.
Ramai kanak-kanak mendapat cacar air semasa usia kecil mereka dan ia biasanya adalah penyakit ringan. Simptom penyakit akan kelihatan antara 10 dan 21 hari apabila anak anda dijangkiti cacar air.
Penyakit tersebut mudah menjangkiti orang lain dari masa dua hari sebelum ruam timbul sehingga semua bintik-bintik sudah kering. Biasanya dalam masa lebih kurang lima hari.

Bagaimana bayi dijangkiti cacar air?
Seorang yang sudah dijangkiti, apabila bersin atau berada rapat dengan bayi, boleh memnyebarkan bakteria cacar air. Anak anda boleh dijangkiti cacar air cuma dengan berada sama bilik dengan orang yang menghidap penyakit itu. Cacar air boleh juga dijangkiti dari seorang yang mempunyai kayap. Kayap disebabkan virus yang sama seperti cacar air.

Apakah simptom-simptom cacar air?
Cacar air selalunya bermula dengan simptom-simptom demam yang ringan:
*Demam
*Sakit kepala
*Mual
*Sakit-sakit badan
*Kurang selera
Lebih kurang dua hari kemudian, ruam cacar air timbul. Ia bermula sebagai bintik-bintik merah yang kecil dan akan bergelembung di sebelah atas dalam beberapa jam. Bintik-bintik ini akan bermula di muka bayi anda.
Bintik-bintik itu akan merebak ke dada dan perut, kemudian ke lain-lain bahagian badan, dan keluar secara berkelompok. Kadangkala disebabkan terlalu banyak bintik, ia kelihatan seakan-akan bercantum, tetapi kadangkala terdapat bintik jarang-jarang sahaja. Bintik-bintik yang lebih sakit terdapat atas kulit kepala, dalam mulut dan tekak, dan di keliling genital.
Apakah rawatan bersesuaian?
Cacar air adalah virus, jadi ia tidak memberi respon kepada antibiotik. Ia akan sembuh dengan sendiri, tetapi anda boleh melegakan simptom bayi dengan beberapa rawatan di rumah.
1.    Jika bayi anda tiga bulan atau lebih tua, anda boleh memberinya parasetamol atau ibuprofen bayi untuk menurunkan demam dan untuk melegakan sebarang sakit-sakit badan. Semak maklumat tentang dos di paket, atau tanya doktor atau ahli farmasi jika kurang pasti banyak mana hendak diberikan kepada bayi.

2.    Beri bayi anda banyak cecair untuk mengelakkannya nyahhidrat. Beri dia lebih susu ibu atau jika sudah makan beri makan makanan bayi.

3.    Untuk melegakan bintik-bintik gatal, anda boleh guna losen kalamin. Anda juga boleh cuba mencampurkan bikarbonat soda ke dalam mandian bayi untuk melegakan gatal-gatal.

4.    Jika bayi anda berusia  lebih setahun dan gatal-gatal itu mengganggunya terutama di sebelah malam, doktor  mungkin mempreskripsikan antihistamina chlorphenamine (Pirition). Ini juga mempunyai kesan sedatif yang boleh membantu dia lebih mudah tidur.

5.    Pastikan kuku bayi pendek jika dia suka menggaru. Ini membantu mengelakkan parut dan mencegah bintik mendapat infeksi.

6.    Pakaikan bayi baju kain benang yang longgar supaya kulitnya sentiasa sejuk dan kurang berasa gatal.


p/s: sumber rujukan saya adalah majalah PAMA

nak tahu cara atasi ank sembelit?

Sembelit pada kanak-kanak juga disebabkan oleh pengambilan susu yang berlebihan, kurang pengambilan serat kerana kanak-kanak tidak suka makan sayur atau kurang minum air putih. Sembelit akan membuatkan kanak-kanak mengalami kesakitan ketika mengeluarkan kotoran najis. 

TIP MUDAH
·         Makan makanan yang kaya dengan serat
·         Minum air putih dengan banyak.
·         Kurangkan makanan segera.
·         Penyediaan makanan dengan cara yang bersih.
·         Basuh tangan sebelum makan dan minum.

BAYI : cara hatasi demam untuk bayi

Suhu badannya yang normal ialah 36 hingga 37Oc. Bagi anak yang dibawah usia enam bulan, suhu badan melebihi 37Oc adalah serius. Jika ia kekal tinggi sehingga boleh mencecah 40Oc, ia berisiko berlakunya konvulsi (kekejangan) atau serangan sawan kepada bayi anda.
Tindakan Anda :
• Lap pada anggota badannya, berikan parasetamol
• Galakkan anak minuk air banyak
• Berjumpa doktor untuk rawatan lanjut jika suhu badan naik mendadak dan bayi masih demam.

Ubat Demam
Beri ubat demam mengikut dos pada label ubat yang disarankan oleh doktor. Beri ubat demam secara konsisten supaya suhu badannya berkurang. Pada masa yang sama sentiasa kawal suhu badannya untuk mengelak daripada meningkat kepada 40Oc yang mengakibatkan bayi berisiko mendapat sawan. Dalam pada itu, ubat demam yang diberi melalui dubur (pastikan ubat demam jenis ini sentiasa ada dalam simpanan anda untuk keperluan kecemasan) boleh diberi sekiranya suhu badannya hampir mencecah 40Oc. Segera berjumpa doktor untuk rawatan lanjut. Juga pastikan termometer (digalakkan memiliki termometer digital) sentiasa di dalam beg anda.
Mesti Tahu
Pengalaman seorang teman penulis memberitahu jika berlaku serangan sawan (kekejangan otot) di rumah atau dalam perjalanan ke hospital, basahkan badan bayi anda umpama anda memandikannya.
Waktu kecemasan ini, ambil air untuk basahkan seluruh badannya. Jangan biarkan situasi ini berlaku lebih satu minit. Ketika ini badannya akan mengeras dan anak matanya akan naik ke atas disebabkan suhu badannya sudah mencecah 40Oc. dia akan kembali normal setelah badannya kembali sejuk. Pastikan anak anda menangis kerana ia tanda dia sudah sedar. Segera masukkan ubat yang diberi melalui dubur (jika ada).
Segera bawalah ke hospital untuk rawatan lanjut. Jika situasi ia pernah berlaku kepada anak anda, kemungkinan ia akan berulang lagi jika anda mengabaikan pengambilan ubat demam secara konsisten walaupun dia sudah berusia enam tahun. Situasi kemungkinan ini akan berlaku sehingga anak berusia tujuh tahun. Serangan sawan boleh mengakibatkan berlaku kecacatan otak, malah jika dibiarkan terlalu lama serangan sawan ini boleh mengundang maut kepada anak anda. Waspadalah jika anak demam!
p/s : rujukan sy adalah majalah PAMA